Selasa, 14 Januari 2014

New Life Beginning





Profession terbaru cik muda. Alhamdulillah cik muda mula berjinak-jinak dengan andaman sekarang. Cik muda mula ambil servis make up untuk pelbagai event. Contoh -Bertunang/ Bersanding/ Akad Nikah/ Pengapit/ Dinner/ dll. Sekiranya ingin mendapatkan khidmat cik muda, email cik muda ok. Cik Muda bagi murah-murah je servis ni. Untuk pengetahuan kawan blogger  semua, cik muda guna produk MAC dan Shishiedo tau.. sebab dua jenis yang bagus untuk pelbagai kulit, sebab cik muda pernah ad customer yang alergik dengan produk kecantikan, jadi cik muda pakai brand ni, Alhamdulillah takde pun kesan gatal2 dekat dia.

Abaikan gambar last tu, tak sempat ambil gambar sebenarnya. Pengantin dh nak diakad nikah kan, tempoh untuk make up pun singkat sngt, 40 minit. kelewatan ni pun atas sebab, pengantin baru je lps pkai inai di tangan. Cik muda perlu ambil masa 1 jam 30 minit untuk meneutralkan make up tu sebenarnya. tapi terpaksa ikut cakap pengantin laa, beliau nak cepat kan.

Jumpe Lagi

Senyum selalu

Erti Kehidupan

Salam & Selamat Petang nan indah

Sungguh susah untuk kita rasa nikmat yang sedikit diberi oleh Allah S.W.T tapi sebenarnya ianya mengajar kita untuk kenal tentang erti kehidupan. Mesti adanya susah sebelum kita capai kejayaan.
Walaupun sekeliling kita dipenuhi manusia yang tak kan rasa senang dengan kehidupan kita tapi biarkan mereka. Lakukan seperti biasa, ramah seperti biasa, kelakuan seperti biasa, mimik muka yang biasa dan segalanya seperti biasa tanpa merasakan yang beliau akan mengetahui bahawa sebenarnya kita tersiksa dengan caranya. Biarkanlah.. Allah S.W.T itu adil. doakan yang terbaik untuknya untuk berubah. ada orang kata sekiranya angka umur telah mencecah 40an susah untuk mereka berubah, Wallahualam.. terserah kepada yang Maha Esa.

Cintailah kehidupan kita kini, lantaklah dengan cacian dan makian manusia itu, kita sama saja dengan mereka, tiada lain. sama asal dengan tanah. Wallahualam..Sekian

senyum itu sedekah bukan.. ?

Bahagia Bila Orang Disamping Kita Bahagia

Ya Allah terasa lama sudah, cik muda tak menaip dalam blog ni.
Terasa bahagia sungguh bila keluarga dan tunang tersayang bahagia bila bersama. Cik muda plan ngn tunang untuk membawa adik-adik kesayangan ke Sunway Lagoon. Kesian cuti sekolah ni tak dibawa jalan-jalan, ayah asyik bz je, terlanguk laah adik-adik di rumah mengadap Upin Upin je hari-hari. Bila dibagitau nak pergi jenjalan ke Sunway Lagoon, muka happy yang amat. Bahagia lihat diorang happy.
Memang agak mahal sebenarnya kalau bawak family berjalan-jalan ke Sunway Lagoon ni. Bayangkan tiket untuk
DEWASA - RM 120
KANAK 11 tahun ke bawah - RM 90



MAHAL kan? Alhamdulillah, cik muda dapat murah sikit, bila cik muda bawak family atau kawan-kawan tak melebihi 4 orang, cik muda dapat 40% diskaun untuk seorang. Dan menanmbahkan kebahagian tu, cik muda hanya masuk secara PERCUMA.... bahagia kan? tu semua cik muda jadi member Sunway Lagoon, kalau tak takdenya dapat macamtu. 
tapi cik muda hanya bayar RM 180 sahaja untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak
Cik muda jadi member sejak dari 2010 lagi. kononnye setia laa kan..

tapi bila masuk dalam sana, Ya Ampun makanan dia memang mahal. Kalau korang bawa dalam 4 orang, standby RM 100 untuk makan sahaja tau. memang sadis sikit, bawa bekal dari luar memang tak boleh laah, habis dia renyuk2 kan bag semata-mata nak check yang kita ada bawak makanan atau tak. Cik muda bawa air mineral je, nasib diorang tak perasan tau. Takut jugak kot2 kantoi. air mineral dalam tu RM 4, rasa cam rugi je beli dalam tu.

Safira tak macam girl umur 11 tahun kan














Memang best sunway ni, ada macam-macam tempat tau. Amusement park, extreme park, Wild Zone, yang paling penting sekali game baru VuvuZela dengan 5D movie, memang superb. sampai basah-basah dalam bilik tu.

Family cik muda cakap tak puas lagi, nanti diorang minta nak datang lagi. adooii.. terpaksa laa kumpul duit untuk diorang. Hiraukan muka adik lelaki cik muda yang kelat-kelat gitu, budak Aiman ni agak lambat sikit panas, tapi die jugaklah smpai tak nak balik rumah walaupun dah smpai 6 petang.

Jumpa lagi

Sabtu, 25 Mei 2013

Bersihkan Diri Baru Sihat


Nak sihat senang je.. jangan buat seperti perkara-perkara di atas. kadang-kadang kita lupa yang kita mudah sangat terdedah kepada pelbagai penyakit yang berpunca daripada diri kita. Kurangkan kemarahan, hilangkan rasa kesedihan yang melampau, boleh kita sedih tapi jangan berpanjangan, elakkan kerisauan pada perkara yang tak sepatutnya, elakkan ketakutan yang melampau dan kurangkanlah stress yang melampau-melampau tu. cuba kita ubah diri kita mulai sekarang untuk pastikan yang kite ni sentiasa sihat dan juga memberikan kebaikan kepada kita

Fening


siapa yang selalu sakit kepala. cik muda sentiasa datang sakit kepala semenjak dua menjak ni. tapi bukan migraine tau. migraine ni secara berpanjangan. ada allergic reaction. ada emotional stress. dan banyak lagi lah. boleh jadi kita akan dapat penyakit darah tinggi, tekanan jiwa (mental) takut pulak kan.

minggu lepas cik muda check  ngan doktor yang cik muda ni bukan ada darah tinggi tapi darah rendah pula. adooiii macamtu pulak.. makna nya cik muda ni tak de stress laa kan, selalunye orang yang stress ni akan dapat darah tinggi.. sungguh pandai lah cik muda mengontrol emosi. tengah gelak kuat-kuat ni sambil taip. doktor sarankan cik muda makan daging, kerang.. kalau dapat daging kijang lagi best kan.. kalau tak dapat kijang, rusa pun jadi laa.. hahhaha.. demand sungguh!

Bila masa sakit kepala tu, ada sampai nak hantuk kepala di dinding. macam en miau ni


en. miau pun stress tau.. macam mana laa aku nak dapat ikan tenggiri tuan aku ni.. susah hati dia hari-hari tau. nak makan pun susah. asyik makan whiskas je.. boring laa.. nak try blackwood pulak.. 5 star punya makanan kucing..


diet juga punca sakit kepala tau. jangan diet yang melampau. dapatkan cara pemakanan yang sihat dari doktor. bahaya laa kalu diet yang extreme ni. 


ikut seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jumaat, 24 Mei 2013

Menghilangkan Rasa Gelisah Resah




hiihihi.. hilang tak rasa gelisah.. makin menyemak ke hulu hati ada la kan. makin memunjak-munjak keberatan dalam timbangan KG cik muda ni. addooiii bila nak turun berat badan yang sentiasa slim ni..

Shawl : RM 15.00
Blouse : RM 39.90
Jeans : Voir RM 99.00
Kasut : POLO RM 150.00
Bag : Guess RM 200.00

Sabtu, 27 April 2013

Ya Allah! bosan nya aku

Hari minggu ni, macam membosankan je. Kenduri kawen di Subang tak dapat nak pergi jadi lastly balik rumah dengan perasaan lemah gemalai dan muka seposen. Memang membosankan! ingat nak pergi PWTC je, ada pameran buku. Cik muda memang suka sangat bila dengar ada pameran kat PWTC tu. lantaklah pameran apa pun, in shaa allah akan pergi je.

Lastly punya pameran buku, cik muda sempat lagi mempotretkan diri dengan meminta encik kartunis melukis muka cik muda yang ala-ala anjelina jolies ni. Cik muda ni memang jenis yang pemakai spek, jadi lebih elok dibuka untuk menampakkan muka ala-ala tiz zakiyah.. waduhhh pak!! tiz zakiyah nya di celah mana.. =P. tapi atas permintaan kartunis tu, dia suruh jugak untuk pakai spek, jadi terpaksa laa follow.




Ada muka macam cik muda kah? hahhahaaa.. ketawa besar, its ok.. tak sama pun xpe laa. janji ada iras-iras di dagu..!  gelak guling-guling.. dengan gaya 'tangan di bahu mata di atas'

Macam pah bedah pulak