Isnin, 22 April 2013

Nak berjiwang boleh?


haaaaaaaaaaaa.... jiwang tak?

Kenduri Kendara

Sabtu lepas, cik muda ngn officemate menghadirkan diri ke majlis kenduri kawen kawan sekerja jugak di area Puchong. Nasib cik muda tumpang kawan cik muda, kalu tak berjam-jam la cari jalan rumah pengantin. Setiap minggu ada je kenduri kawen, minggu ni pulak hari sabtu dan ahad full jugak. satu kat Cheras dan satu lagi kat Subang. 

Cik muda suka konsep kenduri adat melayu kita, takde melampau-lampau dekorasi dia. selalunya di sebelah pihak pengantin lelaki mesti simple je kan. mybe sebelah perempuan dah meriah gemilang kot. Membe cik muda ni sempoi je. satu kemah je tapi walapun sempoi makanan die lagi sempoi.. sedap gila sampai menjilat ibu jari. Kenduri area Puchong tapi catering die area Langat je. Dekat sangat ngan cik muda. Alang-alang dah nak dekat ni kan, ambil kesempatan untuk survey laa.. Memang best menu dia. Daging masak kicap, ikan dori masak 3 rasa, dalca, ayam goreng rempah, ulam2 dan sambal belacan. memang sempoi. kena pulak dengan air oren. memang best.

Berangan bila balik dari kenduri kawen, kalau buat ikut resepi macamtu pun dah ok kot.. 

terbaik kan!
masa ni pemandu tidak memandu dengan berhati-hati.. ada ke tengok camera jugak.. hihihi
 
pengantin yang sempoi.. TAHNIAH wan.. semoga berbahagia hingga akhir hayat
  
yeaahh.. dapat goodies bag.. malu2 pulak budak ni
hahahaaa... sempoi.. asal budak kecik awish ni cam muka nora danish erk?
cun tak?
baju kurung moden : First Lady RM79.00
Shawl : Kedai Borong Masjid India RM9.00
Kasut : lupe brand RM90.00
Handbag : lupe juga brand RM 79.00

adooii.. cik muda memang jarang pakai baju kurung ni. ye lah, company cik muda dh bagi uniform jadi bila pakai baju kurung ni, rakan sekerja cik muda cam pelik je tengok.. ayu sangat kot..!! hahahhahHahhHha

untuk pengantin - Wan n wife
Semoga berbahagia hingga akhir hayat. semoga dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.. kawanmu doakan mu sentiasa diberikan rezeki yang melimpah ruah selapas kawen ni. aammiinn

 

Sabtu, 13 April 2013

Anak Buah Mak Ngah

bila tengok muka, mesti orang cakap budak ni anak cik muda. huh stress.. kita belum g kawen macam mana nak ada anak nye.. ni anak buah cik muda. seyes nakal sangat. tapi yang bestnye boleh pula muka die tu serupa ngan cik muda.. perangai pun ala-ala nakal macam mak ngah dia..

YA Ampun..! sudah berapa lama hilang..

Salam semua..

Ya allah..!!! dah berapa lama cik muda hilang menyepi. tiada masa untuk mencoret dalam blog ni. sibuk dengan kerja je memanjang. kerja awal pagi balik dah nak tengah malam. takpe cik muda nak cari rezeki halal kenalah susah payah sikit..

Alhamdulillah cik muda dalam usaha nak mengembangkan bisnes family. In Shaa Allah moga-moga menjadi laa hendaknya.. nak cari kedai kawasan pesat ni agak susah. bila cari kedai banyak sangat yang tak sesuai, sewa mahal sangat laa, kedai macam nak roboh laa.. dugaan betul.. xpe, mana ada bisnes terus berjaya bukan. mestilah susah sikit lama-lama jadi laa bukit. Ammiinn..

model cap ayam in cover

antara baju pengantin
In Shaa Allah.. Itu laa cadangan bisnes cik muda.

Rabu, 19 Disember 2012

KONVO jugak akhirnya

Muka senyum sampai telinga
Alhamdulillah, akhirnya
my family gift
nampak tak cik muda?
adik cik muda yang beraaron aziz
ALHAMDULILLAH.. perkataan ini sahajalah yang mampu cik muda ungkapkan. Akhirnya, perjuangan cik muda menampakkan hasil juga. Bermula dari Mei 2008 sehingga September 2012, cik muda berjuang untuk menghabiskan Ijazah cik muda dalam Pengurusan Sumber Manusia Dengan Kepujian. Anugerah ini diterima pada 16 Disember 2012 lepas (Sidang 3), Alhamdulillah.

Cik muda memang bercadang untuk teruskan perjuangan pada peringkat seterusnya, In Shaa Allah, sekiranya ada rezeki cik muda

p/s- minta untuk doakan cik muda untuk teruskan perjuangan ini.. Aammiinn..

oh kasut ku sayang


Sungguh penat bila mencari sepasang sahaja kasut, bermula perjalanan dari Bangi sampai ke Sogo, Kuala Lumpur. Semata-mata untuk mencari sepasang ni je, nasib disebabkan nak konvo cik muda memang tak lah ralat sangat nak mencari. Bila dah jumpa yang berkenan di hati, tengok2 takde saiz. Rasa nak menyirap je. Bersabar dan terus sabar jelah masa tu. 

Cik Muda terjumpa kasut ni bila sampai di SOGO, masa tu memang berpusing-pusing dalam kawasan kasut tu, nak mencari yang betul-betul sesuai. Harga pun berpatutan, dalam RM140 hengget, masa tu pun SOGO tengah sale kan, jadi mudah laa skit dari harga asal sampai nak cecah RM200 hengget Sampai 2 jam berpusing2, ni laa choice akhir. Memang berkenan la sangat, dalam kasut ni leather, jadi rasa selesa sangat bila pakai dalam masa 2 tiga jam je laa. Kalau lebih-lebih sakit jugak. Macam yang terjadi pada cik muda pada hari konvo lepas, sampai 6 jam nak kena pakai kasut ni.. terus cik muda buka dan berkaki ayam dalam PWTC tu, serius malu tapi mengenangkan kaki cik muda dah tak mampu menahan rasa sakit, terpaksalah tebalkan muka jugak

muka tahan sakit kaki
 p/s- Alhamdulillah selesai sudah semuanya

Isnin, 10 Disember 2012

New Handbag and New Style


cute tak handbag cik muda yang terbaru? serius cik muda terus terpegun sangat dan beli. warna handbag ni pun cantik, dalam kepala otak memang merasakan yang ini adalah yang terbaik

Kenanga Wholesale..!!!
Siapa pernah dengar dan pergi. Serius, cik muda merasakan ini adalah kali pertama pergi dan terus jadi gila. Memang murah sangat, rasa macam rugi je shopping mopping sebelum-sebelum ni di tempat shopping mall. Kalau sesiapa businessman dan businesswoman memang sini lah tempat dia untuk beli secara kati, kodi, pikul atau kilo. eheheh


Benda alah ni jugak cik muda, first time makan. Waaa.. gile sedap! Office mate cik muda laa pekenalkan. Kalau korang nak try, try yang ini ok Crispy Chicken and Cheese dari HOT & ROLL.. memang nak berpusing kejap, memang sedap tahap baboon.

p/s - Nak shopping jarang kali, tapi bila dah start shopping, memang sesuai laa pergi Kenanga Wholesale