ASSALAMUALAIKUM..
Terkedu bila baca sebuah buku dimana gambaran manusia yang berdosa di padang masyar.
Bila difikirkan masih banyak lagi kekurangan pada cik muda tapi kita manusia biasa kan. Masih banyak perkara-perkara yang perlu dibuang dan belajar untuk mencari yang jernih.
Telitikanlah untuk panduan kita semua..
BERWAJAH KERA
Suka menabur fitnah sesama manusia
BERWAJAH KHINZIR (babi)
Suka memberi & menerima rasuah
BUTA KEDUA BELAH MATA
Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman
PEKAK DAN BISU
Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang
lain.
TUBUH YANG MENGALIR NANAH & DARAH YANG AMAT BUSUK SERTA MENIKAM LIDAHNYA
BERULANG KALI
Golongan yang berilmu & mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri
tidak sama dengan apa yang dikatakannya.
BADANNYA LUKA SEPERTI DIHIRIS
Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran
BERJALAN TERHOYONG-HAYANG SEPERTI CACAT
Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan
BERJALAN SEPERTI MABUK
Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid
RUPA BADANNYA SEPERTI KHINZIR
Suka makan riba - orang yang digelar along @ ceti
TIDAK BERTANGAN & TIDAK BERKAKI
Suka menyakiti @ menyusahkan jiran sekeliling
WAJAH & BADANNYA SEAKAN KHINZIR
Suka mempermudahkan solat & lalai dalam solatnya hingga sering terlupa
rukun
PERUTNYA DIPENUHI ULAR & KALAJENGKING YANG SERING MENYENGAT-NYENGAT
Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap
perniagaan & lain-lain zakat
BADANNYA SANGAT BUSUK SEPERTI BAU BANGKAI
Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi
TIDAK BERLIDAH & DARAH YANG BUSUK MENGALIR DARI MULUT
Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah
BERJALAN KAKI KEATAS & KEPALA KEBAWAH, DARAH DAN NANAH SENTIASA MENGALIR
DARI KEMALUAN
Suka melakukan zina
MUKA HITAM & PERUTNYA DIPENUHI API
Suka makan harta anak yatim
KULIT DIPENUHI SOPAK & KUDIS
Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya
GIGINYA SEPERTI TANDUK LEMBU LIDAH TERJELIR HINGGA KEPERUT, NAJIS & AIR
KENCINGNYA SENTIASA MENGALIR KELUAR DARI KEMALUAN
Orang yang suka minum arak @ segala jenis benda yang menghayalkan
seperti dadah dan lain-lain.
p/s : cuba perbaiki kekurangan pada amalan kita sementara tuhan masih sayangkan kita
manusia tiada yg sempurna....
BalasPadambetul tu.. tapi perlu ada cara untuk jadikan kita sempurna di mata allah swt
BalasPadamblog yang menarik sahabat.. Salam kenal ya...
BalasPadamterima kasih Subhan Agung..Salam Perkenalan dari saya
Padam