Isnin, 22 Oktober 2012

Kejar Mengejar.. Paksa Memaksa

pelik kan.. kita terpaksa terima apa sekalipun keadaan bila dinamakan seorang pekerja.
semalam cik muda dan rakan sekerja dikerah untuk bertugas sehingga lewat malam.. habis pelan nak pergi jenjalan sambil makan-makan tengok wayang.. 

hari rehat hilang macamtu aje, rasa penat je.. tambahan pulak hari ni hari ISNIN.. makin melemaukan laa jiwa dan sanubariku..

secara ringkasnya, kita patut terima apa sekali arahan dari segi paksaan ke kejar mengejar ke, terpaksa laa terima ok.. nama pun pekerja. dibayar gaji untuk berkhidmat. sebenarnya ianya mengajar kita bekerja dalam keadaan dikerah, dipaksa dan dikejar.. 

Tapi cik muda memang dah habis tenaga hari, dan berniat tepat jam 1615 akan terpacak di punch card.. memang penat tahap kritikal dah ni..

p/s - apa kerja yang kita buat perlu  lah ikhlas walaupun tidak dipandang.. =)


tengok cik muda ni.. senyum je tau..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan