Cik muda memang lebih sukakan pulau kalau bab-bab percutian ni. walaupun tidak dianugerahkan dengan pandai berenang tapi tetap juga suka dengan pulau. bila time snorkeling kompem pakai jaket keselamatan tu, almaklumlah tak pandai berenang. bila tengok member-member semua dah tahap perenang Pandelela Rinong. kita terpaksalah memandang dengan penuh cemburu buta. banyak pulau dah cik muda pergi tapi yang paling terpahat dalam kepala ni, PULAU REDANG adalah pulau yang paling best cik muda pernah jejak.. rasa nak pergi berkali-kali pun takpe.
PULAU REDANG |
ambil gambar weeding kat sini pun ok tau.. |
sungguh cantik ciptaan tuhan |
bersantai-santai ketika sunset.. |
memang best, pulau redang amat la cantik. murah je pun.. cik muda beserta 3 lagi kawan perlu bayar RM300 sahaja untuk semua pakej, dari makan minum, bbq, snorkling, bot, barang-barang snorkeling - goggle, life jacket tapi tambang bas nak ke Kuala Terengganu takde laa.. melampau kot.. kat sana cik muda and the geng stay di Lagoon Resort. walaupun simpel tapi selesa sangat, makanan pun best. pelayan dia lawa-lawa sangat, ala-ala Kareena Kapoor..
bagi yang tak pernah datang pulau ni, cepat-cepatlah simpan duit ea.. memang teramat laa untung datang sni, tak rasa rugi pun.
p/s- bila bercuti jangan berkira sangat pasal duit, semua tu untuk kita juga. hilangkan rasa stress
Tiada ulasan:
Catat Ulasan