Isnin, 10 Disember 2012

MALAYSIA VS THAILAND - PASRAH


1-1 (seri)
PASRAH! ungkapan itu laa yang mampu nak luahkan. Hope sangat Malaysia menang semalam, tapi takpe tebuskan semula keserian semalam pada perlawanan akan datang di Thailand pada 13hb Disember 2012 nanti. 

Memang kita tau yang Thailand memang laa amat laju dalam mana-mana game, tapi mungkin boleh dicantas oleh pemain-pemain Malaysia kita. Perlawanan di Thailand, of cause cik muda tak join, mahal kot..! RM850 pakej nak ke sana. Jangan risau cik muda akan sokong di tanah air kita. 

Semalam cik muda and partner ke Stadium Bukit Jalil naik LRT. serius, ramai gila orang. Masa nak pergi punya la lengang, tapi masa nak balik serius, macam nak pitam. Yang kesian sangat pada orang yang berfamily, habis anak-anak diorang kena tolak sampai nangis. Rasa macam tak prihatin pula mamat-mamat dalam LRT semalam.Cik muda dah jadi lempeng pisang bila keluar dari LRT, siap hangus lagi. Adooii.. rasa macam dah serik je nak naik LRT. 

Walaupun cik muda sampai stadium pukul 6 petang, tempat duduk yang tengah-tengah habis orang duduk. Jadi cik muda dan partner terpaksa duduk tempat yang paling atas 3Q. Best pula, sebelum ni tak pernah nak rasa duduk di tempat atas sekali, boleh nampak semua ragam. Tapi yang tak best semalam, macam-macam 'feal' la penonton-penonton, ada yang suluh laser pada pemain, baling mencun laa, baling paper roll laa.. kenapa laa boleh macamtu, kan dah menggangu pemain-pemain. serius! terkilan sikit dengan segelintir peminat yang tiada sifik.



p/s - proud be Malaysian. go Malaysia go



Tiada ulasan:

Catat Ulasan