Sabtu, 31 Disember 2011

Rumitnya Memahami Hati Nurani Seorang Wanita

Salam semua..

hari ni kita kaji selidik tentang hati yang tulus ikhlas dari insan yang bernama wanita

contonye ea...


Laki talipon,
Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?


Bini jawab,
Takmau bang, bini awak diet...


Laki pon balik umah, goyang te*o tak beli apa-apa...
Sampai umah, tengok bini tarik muka moncong mcm cencorot
Siap majuk-majuk... Lari tido bilik sebelah....


Bila laki query balik,
Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii....



Bini jawab,
Memangla orang kata takmau apa-apa...

Tapi belikan jerla apa-apa....
Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....

 
Eh, bini akuni... Yang mana satu nih?

------------------------------
-----------------------------------


Laki talipon bini,
Petangni awak nak masak apa Yang?



Bini jawab,
Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang!
Balik keja ni Abang makan siap-siaplah



Laki pon, balik keje.. Singgah kedai mamak
Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya.
Sampai umah, sendawa bau kamben...
Tiba-tiba... Bini jerit panggil suh makan!
Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam,
Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!


Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja,
Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!
Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?


----------------------------------------------------------------

Abangni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah!
Bini abang penat tau nak kemas umah semedang

Awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke...
Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih


Si laki punyala seronok weeiii....
Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta...

Bila dah siap, kuar bilik...
Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa...
Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?


----------------------------------------------------------------
Bang, ujung mingguni balik kampung nak?

Abang keja lah yang....

 
Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang,
Pastu abang balik la KL balik



Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq,
Esoknya, laki pon start keta... Nak balik KL.


Baru sampai Taiping, talipon berbunyi... Bini dia talipon.
Abang bila nak balik ambik kitorang bang?



----------------------------------------------------------------
Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau
Abang tak kesian bini abang ker...
Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer
Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...


Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain

Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir plak..
Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
kenapa spender ni awak lipat tiga?
kenapa? kenapa? kenapa?


---------------------------------------------------------------
Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...
bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi....

Nak bagi pakai baju mana ni Yang...?
<--- laki tanya
Alah abangni... kan baju anak ada 8 bakul tu...
pakaikan jerlah baju mana-mana pon...
bukan ada org nk tengok ponnn...


Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju....
Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg!
Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah?
kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha...


----------------------------------------------------------

rasa cam nak cantik je macam perempuan ni tapi tak tahu laa kerenah dia macamner... lain perempuan lain perangainye.. betul x? cube fikirkan kita golongan yang mana

ok bye

Rabu, 14 Disember 2011

Keburukan Menahan Kencing

Salam semua
 
Hari ni kita cuba dedahkan sedikit tentang info-info kesihatan plak ea...
Dikalangan kita semua mesti hendak sentiasa sihat dan cergas kan. Salah satunye, jangalaa nak tahan-tahan daaa lepas ni ea... kalau boleh, terus buang je.. banyak penyakit yang kita dapat nanti tau..

SEKALIPUN terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau memandu untuk jarak yang jauh, menahan air kencing bukanlah satu tindakan yang bijak. Air yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan. 

Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan. 

Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.
“Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing.
“Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitumasalah hilang kawalan untuk menahan kencing,” kata Sahabudin. 

Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran. 

Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas. 

Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air kencing yang lemah. 

Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes. 

Dalam pada itu, Sahabudin menjelaskan, membuang air kecil sebanyak di antara lima hingga enam kali sehari merupakan situasi yang normal. 

Namun, mereka yang membuang air kecil melebihi lapan   kali sehari menunjukkan keadaan yang sebaliknya. 

“Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip,” ujarnya. 


Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu tidak lebih lapan kali sehari.
Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu malam.
Jelas Sahabudin lagi, mengurangkan minum air masak bagi mengelakkan seseorang itu kerap ke tandas adalah satu tindakan yang salah.
Mereka tidak seharusnya mengurangkan pengambilan air kerana bahan tersebut penting kepada tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.
“Jangan mengurangkan kuantiti air yang diminum. Sebaliknya pergilah berjumpa dengan doktor untuk mengatasi masalah itu.
“Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif,” katanya lagi.
Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya.
Masalah ini boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan wanita muda. Seseorang yang menghadapi masalah ini akan membuang air lebih daripada 10 kali sehari serta tidak dapat menahan kencing.
Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan.
Jelas Sahabudin, masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang bersih.
Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan.
“Apabila manusia sampai kepada titik kesakitan, mereka tidak mampu berfikir dan membuat keputusan lagi. Ia sama seperti mabuk,” kata profesor neurologi di Universiti Brown di Providence , Pulau Rhode, Amerika Syarikat (AS), Peter Snyder.
Kajian Synder bersama kumpulan penyelidiknya itu memenangi kategori perubatan anugerah Ig Nobel anjuran majalah Annals of Improbable Research (AIR) di AS baru-baru ini. Ig Nobel memberikan anugerah untuk pelbagai kajian yang dianggap melucukan tetapi kemudian membuatkan orang mula berfikir.

daaaa cukup x info tu...
tapi apa-apa pun.. marilah majukan kesihatan badan kita semua. semoga kita akan sentiasa dalam keadaan sihat dan selamat...

bye 

Jumaat, 2 Disember 2011

Jagung Berkrim + Plum

Salam semua..

Dua hari lepas agak terajin sikit.. tapi kalau tidak disebabkan teringin sangat nak makan jagung kelapa ngn plum, mybe x kan uat laaa kot. kita kan rajin dan pandai sangat masak, dalam mimpi boleh laaaa cik muda.

Masa nenek ajar dulu x payah pun nak letak buah plum ni tapi disebabkan buah tu je yang ada kan..! jadi teraburkan jelaa. Resepi senang sangat nak uat kat rumah tapi kena rajin sikit je.. semua benda-benda yang diperlukan pun memang dah tersedia ada memandangkan benda-benda basic

Resipi Jagung Berkrim + Plum

  • Jagung yang belum direbus atau dah siap direbus pun ok..! x yah susah2 nk rebus kan..
  • Kelapa parut
  • Garam
  • Gula
  • Rencah tambahan buah plum
 Semu bahan-bahan ni perlu ada tau.. baru jadik..!!!

yang gambar belakang-belakang jangan dimasukkan sekali, just menyibuk2 je atas dapur tu..
    Sikit je kan menu dia.. x perlu nak cari jauh2 pun dan ianya mudah untuk disediakan kepada yang tersayang.. sebenarnya ni menu petang yang paling ringkas

    lastly



    dah siap... jadi laaa jagung krim + plum...

    sungguh sedap bila makan time2 hujan renyai-renyai. memang layan habis laaa

    sambil tu layan ngan cite korea wit tea o... gempak sangat..

    Selamat mencuba

    bye