Selasa, 14 Januari 2014

New Life Beginning





Profession terbaru cik muda. Alhamdulillah cik muda mula berjinak-jinak dengan andaman sekarang. Cik muda mula ambil servis make up untuk pelbagai event. Contoh -Bertunang/ Bersanding/ Akad Nikah/ Pengapit/ Dinner/ dll. Sekiranya ingin mendapatkan khidmat cik muda, email cik muda ok. Cik Muda bagi murah-murah je servis ni. Untuk pengetahuan kawan blogger  semua, cik muda guna produk MAC dan Shishiedo tau.. sebab dua jenis yang bagus untuk pelbagai kulit, sebab cik muda pernah ad customer yang alergik dengan produk kecantikan, jadi cik muda pakai brand ni, Alhamdulillah takde pun kesan gatal2 dekat dia.

Abaikan gambar last tu, tak sempat ambil gambar sebenarnya. Pengantin dh nak diakad nikah kan, tempoh untuk make up pun singkat sngt, 40 minit. kelewatan ni pun atas sebab, pengantin baru je lps pkai inai di tangan. Cik muda perlu ambil masa 1 jam 30 minit untuk meneutralkan make up tu sebenarnya. tapi terpaksa ikut cakap pengantin laa, beliau nak cepat kan.

Jumpe Lagi

Senyum selalu

Erti Kehidupan

Salam & Selamat Petang nan indah

Sungguh susah untuk kita rasa nikmat yang sedikit diberi oleh Allah S.W.T tapi sebenarnya ianya mengajar kita untuk kenal tentang erti kehidupan. Mesti adanya susah sebelum kita capai kejayaan.
Walaupun sekeliling kita dipenuhi manusia yang tak kan rasa senang dengan kehidupan kita tapi biarkan mereka. Lakukan seperti biasa, ramah seperti biasa, kelakuan seperti biasa, mimik muka yang biasa dan segalanya seperti biasa tanpa merasakan yang beliau akan mengetahui bahawa sebenarnya kita tersiksa dengan caranya. Biarkanlah.. Allah S.W.T itu adil. doakan yang terbaik untuknya untuk berubah. ada orang kata sekiranya angka umur telah mencecah 40an susah untuk mereka berubah, Wallahualam.. terserah kepada yang Maha Esa.

Cintailah kehidupan kita kini, lantaklah dengan cacian dan makian manusia itu, kita sama saja dengan mereka, tiada lain. sama asal dengan tanah. Wallahualam..Sekian

senyum itu sedekah bukan.. ?

Bahagia Bila Orang Disamping Kita Bahagia

Ya Allah terasa lama sudah, cik muda tak menaip dalam blog ni.
Terasa bahagia sungguh bila keluarga dan tunang tersayang bahagia bila bersama. Cik muda plan ngn tunang untuk membawa adik-adik kesayangan ke Sunway Lagoon. Kesian cuti sekolah ni tak dibawa jalan-jalan, ayah asyik bz je, terlanguk laah adik-adik di rumah mengadap Upin Upin je hari-hari. Bila dibagitau nak pergi jenjalan ke Sunway Lagoon, muka happy yang amat. Bahagia lihat diorang happy.
Memang agak mahal sebenarnya kalau bawak family berjalan-jalan ke Sunway Lagoon ni. Bayangkan tiket untuk
DEWASA - RM 120
KANAK 11 tahun ke bawah - RM 90



MAHAL kan? Alhamdulillah, cik muda dapat murah sikit, bila cik muda bawak family atau kawan-kawan tak melebihi 4 orang, cik muda dapat 40% diskaun untuk seorang. Dan menanmbahkan kebahagian tu, cik muda hanya masuk secara PERCUMA.... bahagia kan? tu semua cik muda jadi member Sunway Lagoon, kalau tak takdenya dapat macamtu. 
tapi cik muda hanya bayar RM 180 sahaja untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak
Cik muda jadi member sejak dari 2010 lagi. kononnye setia laa kan..

tapi bila masuk dalam sana, Ya Ampun makanan dia memang mahal. Kalau korang bawa dalam 4 orang, standby RM 100 untuk makan sahaja tau. memang sadis sikit, bawa bekal dari luar memang tak boleh laah, habis dia renyuk2 kan bag semata-mata nak check yang kita ada bawak makanan atau tak. Cik muda bawa air mineral je, nasib diorang tak perasan tau. Takut jugak kot2 kantoi. air mineral dalam tu RM 4, rasa cam rugi je beli dalam tu.

Safira tak macam girl umur 11 tahun kan














Memang best sunway ni, ada macam-macam tempat tau. Amusement park, extreme park, Wild Zone, yang paling penting sekali game baru VuvuZela dengan 5D movie, memang superb. sampai basah-basah dalam bilik tu.

Family cik muda cakap tak puas lagi, nanti diorang minta nak datang lagi. adooii.. terpaksa laa kumpul duit untuk diorang. Hiraukan muka adik lelaki cik muda yang kelat-kelat gitu, budak Aiman ni agak lambat sikit panas, tapi die jugaklah smpai tak nak balik rumah walaupun dah smpai 6 petang.

Jumpa lagi