Selasa, 17 Januari 2012

Gambaran Manusia Yang Berdosa Di Pasang Masyar

ASSALAMUALAIKUM..

Terkedu bila baca sebuah buku dimana gambaran manusia yang berdosa di padang masyar.
Bila difikirkan masih banyak lagi kekurangan pada cik muda tapi kita manusia biasa kan. Masih banyak perkara-perkara yang perlu dibuang dan belajar untuk mencari yang jernih. 
  
Telitikanlah untuk panduan kita semua..


BERWAJAH KERA
Suka menabur fitnah sesama manusia


BERWAJAH KHINZIR (babi)

Suka memberi & menerima rasuah


BUTA KEDUA BELAH MATA

Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman


PEKAK DAN BISU

Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang
lain.


TUBUH YANG MENGALIR NANAH & DARAH YANG AMAT BUSUK SERTA MENIKAM LIDAHNYA
BERULANG KALI

Golongan yang berilmu & mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri
tidak sama dengan apa yang dikatakannya.


BADANNYA LUKA SEPERTI DIHIRIS

Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran


BERJALAN TERHOYONG-HAYANG SEPERTI CACAT

Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan


BERJALAN SEPERTI MABUK

Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid


RUPA BADANNYA SEPERTI KHINZIR

Suka makan riba - orang yang digelar along @ ceti


TIDAK BERTANGAN & TIDAK BERKAKI

Suka menyakiti @ menyusahkan jiran sekeliling


WAJAH & BADANNYA SEAKAN KHINZIR

Suka mempermudahkan solat & lalai dalam solatnya hingga sering terlupa
rukun

PERUTNYA DIPENUHI ULAR & KALAJENGKING YANG SERING MENYENGAT-NYENGAT

Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap
perniagaan & lain-lain zakat


BADANNYA SANGAT BUSUK SEPERTI BAU BANGKAI

Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi


TIDAK BERLIDAH & DARAH YANG BUSUK MENGALIR DARI MULUT

Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah


BERJALAN KAKI KEATAS & KEPALA KEBAWAH, DARAH DAN NANAH SENTIASA MENGALIR
DARI KEMALUAN

Suka melakukan zina


MUKA HITAM & PERUTNYA DIPENUHI API

Suka makan harta anak yatim


KULIT DIPENUHI SOPAK & KUDIS

Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya


GIGINYA SEPERTI TANDUK LEMBU LIDAH TERJELIR HINGGA KEPERUT, NAJIS & AIR
KENCINGNYA SENTIASA MENGALIR KELUAR DARI KEMALUAN

Orang yang suka minum arak @ segala jenis benda yang menghayalkan
seperti dadah dan lain-lain.



p/s : cuba perbaiki kekurangan pada amalan kita sementara tuhan masih sayangkan kita

Selingan Hari Selasa

Assalamualaikum

Hari di tempat kerja terlampau laa bz tapi perlu juga kerja dengan ikhlasnya. Nak naikkan semangat bekerja cik muda bagi selingan sikit ea..! sambil-sambil baca sambil buat kerja ea..

Cerita 1


Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..


Citer 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????


Citer 3

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu
awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak
pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........ Benci ..........


Citer 4

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Citer 5

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada
jalan pulang terserempak dengan kawannya yang ingin menumpang, lalu
ditumpangkan kawannya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin
hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawannya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????


Citer 6


Seorang posmen yang datang menghantar surat.
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"

Citer 7

Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala


Citer 8

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia
bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya
membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya.
Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki
itu dengan riang.

ala tomey.. tomey....

















Apa macam..! dah naik mood kerja.. jadi habis baca, pergi laa buat kerja..


p/s : Bersabar adalah senjata yang kuat untuk kita hadapi pelbagai masalah.

Isnin, 16 Januari 2012

Semangat Hari ISNIN

Assalamualaikum

Hari ISNIN, hari yang paling malas untuk bekerja. Jadi terpaksala cari jalan lain untuk menaikkan mood kerja semua

tadaaaaaa


comelkan?

p/s: hari isnin ke rabu ke jumaat ke.. terpaksa laa kerja, itu kan punca rezeki kita

Sabtu, 14 Januari 2012

KP | Kekasih Kepada Kekasih

Assalamualaikum

Rasa geli bila ada orang post benda alah ni di fb

korang tengok laa video ni. rasa geli ke tak

KP/Kekasih Kepada Kekasih

geli tak, geli sangat-sangat kan..

p/s: seronok bila ada orang sayang kita kan?

Aku PENCINTA Binatang Ini.

Assalamualaikum

Memang terserlah dari cik muda kecil, binatang yang sentiasa di samping cik muda ialah KUCING. Masa tinggal di Perlis pada usia 8 tahun, cik muda ada sekor kucing jantan yang diberi nama BOY. Kita orang bela dari boy kecik sehingga dia mati. Memang sedih sangat dengan pemergian dia. Perasaan sayang pada binatang kesukaan Abu Hurairah dibawa sehingga cik muda menetap di Kuala Lumpur.

Sekarang cik muda ada seekor kucing taby. Nama die pun Teeby, dah 9 bulan usia dia. memang best sangat dengan kucing sekor ni, sebab dia penuh dengan kasih sayang. tak banyak ragam jaga dia.

Cik Muda ingat nak tambah lagi sekor kucing lagi, bagi jadi peneman teeby.

please laaa.. korang tengok laa haiwan yang begitu cute ni.

cayang die

sungguh anggun kamo miauww

comel giler posing camni kan?

kenapa sedih ni sayang.. meh kat mami

sakit jantung tengok die.. terlampau comel laa kamo

kembar teeby


Bagi sesiapa yang nak bela kucing, kena perlu ada perkara-perkara ni
  • Perlu banyak bersabar (lain kucing lain kerenah dia)
  • Perlu jaga makan minum dia.  kalau boleh jangan bagi minuman dengan air yang belum dimasak. Makanan perlu bersesuaian dengan tekak dia. 
  • Korbankan duit untuk beli mainan dia, rumah olok-alok dia, syampu, sikat, beli ubat cacing, vitamin
  • Sentiasa bagi ubat cacing sekali untuk 3 bulan
  • Berikan susu yang bersesuaian pada dia untuk seminggu 2 kali 
  • Mandikan dia dua minggu sekali
semua benda tu perlu ada dan perlu kena jaga tau. baru laa dia sayang kita lebih

bela laa kucing, memang best sangat-sangat.

p/s: bagi sesiapa yang alahan tu jangan bela laa ea..

Bloglist Monster RAWR


Assalamualaikum

Tenkiu bebanyak Dodol

Alang-alang awak dah comersialkan nama cik muda untuk join Bloglist Monster RAWR ni.. Cik Muda join laaa..

Kite kan baru lagi, perlu minta tunjuk ajar bloggers otai-otai ni.. best jugak bila follow blog Kiera Zainal
cute-cute la blog die. cam nak makan-makan jer.

sesiapa yang masih belum follow blog dia, cepat-cepat laa jadi follower die. Sangat best..! walaupun cik muda masih baru tapi cik muda akan berusaha untuk mengaktifkan berblog ni dimana saja dan tak kira masa.. 

Jom pakat-pakat follow blog dia dan cuba buka link Bloglist Monster RAWR

P/S: asyik senyum simpul je hari ni.. : )

Jumaat, 13 Januari 2012

Hubungan antara manusia & buah-buahan

Assalamualaikum 

Cuba kita kaji tentang hubungan diantara manusia dan buahan-buahan.. ada hubung kait dengan diri kita tau

cam kelakar je tapi kenyataan..!

Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan
bijinya yang cuma satu.

Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.

Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya
lembut
dan manis.
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di
dalamnya
ada biji yang berduri.

Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut,  tetapi
umbinya tetap putih bersih.

Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang,
tidak
seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.

Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili. Semakin tua,semakin pedas.

Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis.
Buah manggis bisa diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.



korang buah yang mana? pilih-pilih

p/s: suka sangat ngan buah manggis.. masam manis, i liked

Sexy Celebs in Hot High Heels

Assalamualaikum

Cik muda suka sangat ngan high heels tapi tak suka pakai pun..  rasa sakit sangat kaki ni bila disarungnye high heels ni.

bila tengok ladies guna high heels, rasa cantik sangat.. macam diorang ni..
sudah laa cantik, pakai high heels lagi bertambah cantik

Fergie

Nicky Hilton

Scarlet.. luv it

Vicbeck. cik muda paling suka style dia

vaneesa.. sungguh comel kamu

P/S : pilih kasut yang memberikan keselesaan bila dipakai, bukan sekadar cantiknya diluaran

BAJU MERAH MENYALA

Assalamualaikum

Siapa yang berani pakai baju yang serba merah dan plain colour.. ? Cik Muda memang susah sangat nak pilih apa-apa jenis baju yang berwarna merah. tak kisah laa kemaja ke.. baju kurung ke..

memang susah sangat nak beli tapi disebabkan tema perkahwinan kakak kesayangan berwarna MERAH.. memang terpaksa beli baju warna yang garang ni

MERAH MENYALA kan..! baju last laa ni

confirm lepas ni, tak kan ada daa baju MERAH yang cik muda akan beli..

Make Over

Assalamualaikum

CANTIK..!! bila sebut je cantik mesti dikaitkan dengan perempuan. Bila nak jadi cantik, pelbagai usaha para perempuan ni cuba buat. contohnya..


  • pergi grooming-grooming bagi vough
  • pergi saloon jadikan rambut seayu FASHA SANDHA
  • pergi buat kuku kaki/ tangan bagi jadi bersinar-sinar
  • pergi masuk kelas make up laa.. ehem-ehem..


termasuk laa cik muda. ada juga usahanya nak CANTIK.


bila dah start pandai make up ni.. bila keluar je dari rumah mesti nak cantik-cantik walaupun ke pasar malam. tapi takdelah terover sangat, just ala kadar. tapi stil bermake up.

sebelum ni makeup just main-main tampal je, tapi semenjak dah masuk kelas dan dapat tunjuk ajar pada jalan yang benar dari JJ Make Over.. terus MELETOP sekarang make up cik muda makin pro dari dulu. takde laa mahal pun kelas dia..masih termampu nak bayar yuran dia.

tak caya tengok laa sendiri ea..

MELETUP kan..! pp yang tembam tu jangan dihiraukan ea..


ada lagi..


ni make up just ala kadar je.. keluar jenjalan hari minggu


VS


comot je kan masa dulu-dulu

bila kita nak cantik.. perlu laa berusaha sikit.. pergi ke kelas kecantikan ke, senaman dalam seminggu sekali ker... mana-mana yang patut, pemakanan kita pun perlu jaga juga.

bila kita usaha, mesti ada ganjaran untuk kita kan..! wait and see

SELAMAT BERUSAHA

Khamis, 12 Januari 2012

KFC vs MCD

Assalamualaikum

Bila sebut je KFC.
confirm adik-adik aku ngan ayah/ mak mesti senyum panjang punye.. memang dikatakan KFC adalah makanan pilihan ibubapa yang malas nak masak kan.. buka sebab tu je, mybe bz kan.! then sekali ngn hamba pun terjebak sama.

bleh dikatakan KFC lebih digemari dari MCD. mybe MCD ni lebih kepada tempat port dating pasangan-pasangan muda bila berjumpa. termasuk la aku..! tu dulu laaa.. sekarang kedai mamak area Wangsa Maju je..

Bila hang out ngn family mesti ke KFC
Bila hang out ngn member-member/ ehem-ehem mesti ke MCD

apa-apa pun saya suka dua-dua tempat ni
sebab makanan semuanya best2 dan paling penting saya penggemar apa jua makanan

tokey kfc yang makin HENSEM


VS

 
MCD yang best

pilih-pilih mana yang anda gemari

AKU VOTE dua-dua je laaa... SEBAB DIORANG BEST LOR.. sampai jilat ibu jari kaki

KLCC.. kami datang

Assalamualikum

Dah lama sangat  tak bawak adik-adik kesayanganku pergi jalan-jalan.. yela cuti sekolah hari tu diorang semua terkena virus demam campak, jadi aktiviti diorang semua tertumpu di rumah je. kesian kn?

Sabtu lepas,  tak tau nak ke mana.. last-last ke KLCC je, paling dekat dengan rumah. Memang best bila tengok adik-adik aku senyum simpol bila ajak hang out.. mungkin nak melepaskan keboringan diorang yang lepas-lepas tu kot..

dalam gambar ni menceritakan betapa gembiranya diorang ni kat sana..







suke je kn..






di KLCC sampai 3 jam.. xper laa adik.. akak tak kisah.. korang main laa puas2 ea.. akak kn sayang giler kat korang.. luv u

p/s : If ada masa yang sedikit, luangkan masa dengan insan yang tersayang walaupun sesibuk mana pun kita..