Sabtu, 31 Disember 2011

Rumitnya Memahami Hati Nurani Seorang Wanita

Salam semua..

hari ni kita kaji selidik tentang hati yang tulus ikhlas dari insan yang bernama wanita

contonye ea...


Laki talipon,
Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?


Bini jawab,
Takmau bang, bini awak diet...


Laki pon balik umah, goyang te*o tak beli apa-apa...
Sampai umah, tengok bini tarik muka moncong mcm cencorot
Siap majuk-majuk... Lari tido bilik sebelah....


Bila laki query balik,
Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii....



Bini jawab,
Memangla orang kata takmau apa-apa...

Tapi belikan jerla apa-apa....
Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....

 
Eh, bini akuni... Yang mana satu nih?

------------------------------
-----------------------------------


Laki talipon bini,
Petangni awak nak masak apa Yang?



Bini jawab,
Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang!
Balik keja ni Abang makan siap-siaplah



Laki pon, balik keje.. Singgah kedai mamak
Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya.
Sampai umah, sendawa bau kamben...
Tiba-tiba... Bini jerit panggil suh makan!
Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam,
Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!


Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja,
Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!
Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?


----------------------------------------------------------------

Abangni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah!
Bini abang penat tau nak kemas umah semedang

Awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke...
Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih


Si laki punyala seronok weeiii....
Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta...

Bila dah siap, kuar bilik...
Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa...
Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?


----------------------------------------------------------------
Bang, ujung mingguni balik kampung nak?

Abang keja lah yang....

 
Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang,
Pastu abang balik la KL balik



Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq,
Esoknya, laki pon start keta... Nak balik KL.


Baru sampai Taiping, talipon berbunyi... Bini dia talipon.
Abang bila nak balik ambik kitorang bang?



----------------------------------------------------------------
Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau
Abang tak kesian bini abang ker...
Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer
Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...


Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain

Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir plak..
Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
kenapa spender ni awak lipat tiga?
kenapa? kenapa? kenapa?


---------------------------------------------------------------
Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...
bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi....

Nak bagi pakai baju mana ni Yang...?
<--- laki tanya
Alah abangni... kan baju anak ada 8 bakul tu...
pakaikan jerlah baju mana-mana pon...
bukan ada org nk tengok ponnn...


Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju....
Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg!
Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah?
kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha...


----------------------------------------------------------

rasa cam nak cantik je macam perempuan ni tapi tak tahu laa kerenah dia macamner... lain perempuan lain perangainye.. betul x? cube fikirkan kita golongan yang mana

ok bye

Rabu, 14 Disember 2011

Keburukan Menahan Kencing

Salam semua
 
Hari ni kita cuba dedahkan sedikit tentang info-info kesihatan plak ea...
Dikalangan kita semua mesti hendak sentiasa sihat dan cergas kan. Salah satunye, jangalaa nak tahan-tahan daaa lepas ni ea... kalau boleh, terus buang je.. banyak penyakit yang kita dapat nanti tau..

SEKALIPUN terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau memandu untuk jarak yang jauh, menahan air kencing bukanlah satu tindakan yang bijak. Air yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan. 

Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan. 

Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.
“Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing.
“Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitumasalah hilang kawalan untuk menahan kencing,” kata Sahabudin. 

Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran. 

Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas. 

Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air kencing yang lemah. 

Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes. 

Dalam pada itu, Sahabudin menjelaskan, membuang air kecil sebanyak di antara lima hingga enam kali sehari merupakan situasi yang normal. 

Namun, mereka yang membuang air kecil melebihi lapan   kali sehari menunjukkan keadaan yang sebaliknya. 

“Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip,” ujarnya. 


Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu tidak lebih lapan kali sehari.
Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu malam.
Jelas Sahabudin lagi, mengurangkan minum air masak bagi mengelakkan seseorang itu kerap ke tandas adalah satu tindakan yang salah.
Mereka tidak seharusnya mengurangkan pengambilan air kerana bahan tersebut penting kepada tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.
“Jangan mengurangkan kuantiti air yang diminum. Sebaliknya pergilah berjumpa dengan doktor untuk mengatasi masalah itu.
“Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif,” katanya lagi.
Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya.
Masalah ini boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan wanita muda. Seseorang yang menghadapi masalah ini akan membuang air lebih daripada 10 kali sehari serta tidak dapat menahan kencing.
Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan.
Jelas Sahabudin, masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang bersih.
Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan.
“Apabila manusia sampai kepada titik kesakitan, mereka tidak mampu berfikir dan membuat keputusan lagi. Ia sama seperti mabuk,” kata profesor neurologi di Universiti Brown di Providence , Pulau Rhode, Amerika Syarikat (AS), Peter Snyder.
Kajian Synder bersama kumpulan penyelidiknya itu memenangi kategori perubatan anugerah Ig Nobel anjuran majalah Annals of Improbable Research (AIR) di AS baru-baru ini. Ig Nobel memberikan anugerah untuk pelbagai kajian yang dianggap melucukan tetapi kemudian membuatkan orang mula berfikir.

daaaa cukup x info tu...
tapi apa-apa pun.. marilah majukan kesihatan badan kita semua. semoga kita akan sentiasa dalam keadaan sihat dan selamat...

bye 

Jumaat, 2 Disember 2011

Jagung Berkrim + Plum

Salam semua..

Dua hari lepas agak terajin sikit.. tapi kalau tidak disebabkan teringin sangat nak makan jagung kelapa ngn plum, mybe x kan uat laaa kot. kita kan rajin dan pandai sangat masak, dalam mimpi boleh laaaa cik muda.

Masa nenek ajar dulu x payah pun nak letak buah plum ni tapi disebabkan buah tu je yang ada kan..! jadi teraburkan jelaa. Resepi senang sangat nak uat kat rumah tapi kena rajin sikit je.. semua benda-benda yang diperlukan pun memang dah tersedia ada memandangkan benda-benda basic

Resipi Jagung Berkrim + Plum

  • Jagung yang belum direbus atau dah siap direbus pun ok..! x yah susah2 nk rebus kan..
  • Kelapa parut
  • Garam
  • Gula
  • Rencah tambahan buah plum
 Semu bahan-bahan ni perlu ada tau.. baru jadik..!!!

yang gambar belakang-belakang jangan dimasukkan sekali, just menyibuk2 je atas dapur tu..
    Sikit je kan menu dia.. x perlu nak cari jauh2 pun dan ianya mudah untuk disediakan kepada yang tersayang.. sebenarnya ni menu petang yang paling ringkas

    lastly



    dah siap... jadi laaa jagung krim + plum...

    sungguh sedap bila makan time2 hujan renyai-renyai. memang layan habis laaa

    sambil tu layan ngan cite korea wit tea o... gempak sangat..

    Selamat mencuba

    bye


    Sabtu, 19 November 2011

    Makluk tuhan paling seksi dan cute amat sangat

    Salam

    Hari ni, kita cuba selongkah dan cari siapakah makluk tuhan yang paling teut dan sexy ni....! Beliau amat disayangi dan dicinta oleh ku.. Kalau x mengadap mesti jadi rindu habis laaa ngan natang ni. Mama die berketurunan min kun dan abah die raja siam.. jadi laa benda alah ni.. tapi x tau laa dia ikut siapa.. die je yang lain dari adik beradik die.. adik dan abang die semua gebu-gebu. tapi walaupun cik teby kite ni x segebu mana pun tetap cik muda sayang tau..

    Masa first time dapat natang ni, memang susah nak lepaskan die. sampai nak g keja pun asyik teringat je.. ye laa budak baru nak masuk umah baru kan.. mana laaa tau die tengah menangis sebab asyik kena tinggal je kan..langsung nak lari dari rumah.. jgn laa begitu wahai teby ku sayang..

    ok .. ini dia...

    hi.. name i teby.. if nak kenal2 gtau laa cik muda ea..

    Sayang sangat dengan makluk ni
    Teby ngn dobok die

    lastly

    Tidur je keja tau

    tu laa makhluk tuhan yang teramatlah disayangi oleh ku..tapi ada masa memang menggeramkan.. ada time habis baju-baju yang dilipat ditolongkan kemas sampai berterabur habis..
    Kekadang marah juga die tapi minta maaf balik kat die sebab x sengaja kan... yelaaa kita ngh balik keja, penat laa tu, tup2 umah bersepah.. mane tak termarah.. tapi yang paling best ngn teby ni, nk cite semua masalah pun ok je kat die.. xde merungut apa2 pun.. yang dia tau.. miaaaaaaaaaaauuuuuuuu...

    sayang sungguh pada kamu teby

    bye

    Khamis, 17 November 2011

    Cara-cara yang bagus untuk kempiskan tummy kita

    1. Penting kualiti daripada kuantiti! Tidak perlu melakukan beratus-ratus sit ups setiap hari! 1 ataupun 2 sessi seminggu dengan latihan berkualiti adalah lebih baik. Don’t overtrain.
    2. Untuk merangsangkan otot abs anda setiap sessi, pelbagaikan latihan abs ! Gunakan latihan yang berbeza untuk latih abs daripada sudut yang berbeza. Bahagian abs termasuk, upper, mid, lower dan obliques.
    3. Fokus kepada contraction otot abs semasa latihan! Make sure its your abs that is doing the work dan bukan bahagian otot yang lain (back, leher dll).
    4. Fokus kepada pernafasan. Hembus nafas ketika “exertion” (ataupun ketika melakukan “crunch”). Ini akan membolehkan anda contract otot abs dengan sebaik mungkin
    5. Untuk sessi workout abs, lakukan 2-3 latihan yang berbeza. Sebagai panduan, stick to 3 set bagi setiap exercise dan 15-20 ulangan (reps) bagi setiap set!

      Nampak comel je..
    6. Latihan abs yang terbaik tidak akan menolong anda untuk kempiskan perut selagi adanya lapisan lemak antara otot dan kulit!
    7. Penjagaan makanan adalah mustahak untuk memeliki bahagian perut yang cantik! Elakkan makanan berminyak, garam. Minum banyak air dan pastikan anda mengamalkan diet yang seimbang.
    8. Look after your calories. Seperti mana yang saya katakana dahulu, anda harus create calorie deficit untuk membakar lemak berlebihan!
    9. Latihan cardio ataupun bersukan adalah cara yang sesuai untuk membakar calorie berlebihan! It also makes dieting easier as kita tidak perlu jaga pemakanan dengan terlalu rapat!
    10. Jika anda telahpun kurangkan lemak badan tetapi tidak lagi nampak abs yang cantik, kurangkan pengambilan sodium (yang takung air badan) dan make sure semasa latihan, abs are fatigued. Tingkatkan ulangan ataupun beban jika perlu!

      Jangan risau tau..! semua petua ni adalah daripada pakar kesihatan kita KEVINZAHRI..
      inshallah if kita usaha mesti menjadi kenyataan kan...? saya pun sentiasa pastikan tummy saya sihat dan cergas, baru nampak cool....
      Kekadang masalah buncit ni bukan pada orang yang gemuk je tapi orang yang kurus-kurus ni pun mempunyai masalah yang sama..  jadi makin pelik plak if kita x jaga betul-betul kn..

      Jadi, pakat laaa ramai-ramai menjaga tummy kita k... chayok chayok..!

      bye

    Selasa, 15 November 2011

    Misteri Lebuhraya KARAK

    Salam semua

    Di tengahari rambang ini, aku rasakan seram sejuk pula bila terbaca email yang berkaitan Lebuhraya Karak nii..
    Dengan kefemesan atas kemisterian lebuhraya ini, telah dijadikan cerita oleh KRU team.. nampak cam x lojik..! tapi xpe korang nilai laa sendiri ea..pandangan sendiri macam x percaya tapi wallahualam..

     Lebuhraya Karak

    Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.
    1.Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta.

    2.Kalau korang perasan dekat Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang) Banyak lori yang kepenatan berenti pada waktu malam (tidur). Dikatakan tidak sah kalau tidur disitu tapi tidak kena “tegur”...

    3.Volkswagen kuning. Selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak. Ia akan potong kereta korang,dan selepas itu dia akan bawa perlahan. Ada yang kata jangan potong kereta kuning itu,kalau potong juga…....
    Dan apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini,seingat aku pada tahun 1998 masa itu aku dirumah tengah dengar radio Era (masa tu Era baru je wujud).Seorang pemanggil call Era dan cerita pasal Volkswagen kuning ni dari A sampai Z,dan bila deejay tu tanya mana tahu tentang cerita ini,pemanggil dari Jelapang (Perak) itu dengan selamba kata dialah pemandu kereta itu dan talian terus putus…...

    4.Kereta Misteri
    (Sumber Kosmo)
    KARAK – Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak, berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara kelmarin menimbulkan pelbagai misteri.
    kereta yang di jumpai
    Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta, Wong Kam Wai, 31, pada pukul 3 petang. Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu. “Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar. Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya,” kata beliau ketika dihubungi.

    Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak.

    Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan. Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya.
    usaha mengangkat
    Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.Ketika itu,kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya.

    Ketika kembalik kedua membantu, ia turut menerima nasib sama apabila tiba-tiba mengalami masalah mekanikal pula.Akhirnya, kereta misteri ini terpaksa di”semadikan” semula di bawah jambatan tersebut!

    JALAN LAMA KARAK

    1.Cerita seorang polis, satu hari naik motor ikut jalan lama ni. Nak dijadikan cerita sampai satu kawasan tu,dia nampak banyak kereta paking tepi jalan,tapi yang peliknya kat situ gelap gelita,seorang manusia pun tak ada dan yang paling pelik,semua kereta yang paking tu jenis kereta lama tapi masih canti. Apa lagi rempit la sambil pegang pistol sampai genting sempah(petronas).

    2.Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak(nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam,tengah hari siang buta pun akan berpatah balik. Sebab dah tak tahan menanggung seram!

    3.Dalam satu cerita lain,pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi..Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket. Riuh rendah la dlm bas tu sebab ramai penumpang..Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung….Sampai di stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi?...
    jalan lama karak
    4.Pernah juga terbaca ,beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden(Bekas ketua Komunis Pahang)bersembahyang berlapitkan daun pisang ditepi jalan,tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang..selepas itu..hilang..

    5.Mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagaiManager McDonalds di Genting Sempah.Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa.

    Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam. dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap.

    6.Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80’an..si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia “temperature”naik.Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya….lepas tu datang kereta peronda polis,si polis suruh isterinya keluar dari kereta dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap “jangan pandang belakang”..bila dengar polis cakap macam itu,si isteri ni terus pandang..Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota badannya hancur!

    Berikut merupakan senarai hantu yang biasa muncul dan menjadi buah mulut oleh penduduk terdekat:

    Langsuir
    Budak Sekolah (merayau-rayau)
    Wanita Tua
    Bas Lama
    Penunggang Motor (Kepala ada badan tak ada)
    Perempuan Bawa Anak (batu nisan)
    Pontianak
    Hantu Pocong
    Hantu yang Makan orang (Paling popular)
    Volkswagen kuning(dah lupa ada dekat karak @ lebuh Raya Jelapang).

    ANTARA LEBUH RAYA YANG BERHANTU.

    GURUN,KEDAH

    SUNGAI PETANI – Gara-gara terkejut ternampak kelibat ‘wanita berkebaya merah’ melintas jalan, seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas dan terbalik di susur keluarPlaza Tol Sungai Petani Utara dekat Sungai Lalang di sini kelmarin.
    kancil yang terbabas
    Walaupun bernasib baik tidak kehilangan nyawa selepas kereta Perodua Kancil miliknya remuk teruk, pemandu kereta yang hanya mahu dikenali sebagai Chan, 51, kebingungan memikirkan tragedi itu.

    Semasa kejadian pukul 6.45 petang, Chan yang telah berkahwin dalam perjalanan pulang ke Taman Bandar Puteri Jaya di sini selepas melawat keluarganya di pekan Ko’bah, Pendang.

    “Semasa tiba di selekoh berhampiran susur keluar plaza tol itu, hujan renyai-renyai dan saya menaikkan cermin tingkap.

    “Pada masa sama, seorang wanita muncul dari celah pokok bunga yang ditanam di kiri jalan terus melintasi kereta saya dalam keadaan melenggang-lenggok sehingga menampak betis sambil tersenyum memandangnya.
    (sumber dari Kosmo!)
    Orang ramai melihat lori yang terjunam jatuh dari Lebuh Raya Utara-Selatan di kawasan Taman Perumahan Taman Keladi, Sungai Petani semalam.
    Orang ramai melihat lori yang terjunam jatuh
    dari Lebuh Raya Utara-Selatan di kawasan Taman
    Perumahan Taman Keladi, Sungai Petani semalam.
    SUNGAI PETANI – Siapa wanita berkebaya merah yang melintas jalan hingga menyebabkan seorang pemandu lori parah manakala kelindannya cedera ringan apabila lori yang dipandu terbabas sebelum menjunam jatuh dekat kawasan Taman Perumahan Taman Keladi semalam.

    Ketika kejadian pukul 8.15 pagi itu, pemandu lori terbabit, Mohd. Sobri Shaari, 42, dan kelindannya yang dikenali sebagai Atan, 37, sedang dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam menuju ke Bagan Ajam, Butterworth.

    Menurut Atan, ketika kejadian dia sedang berbual dengan Mohd. Sobri berkaitan dengan seorang wanita yang ditemuinya di Bagan Ajam.

    “Ketika rancak bercerita, Mohd. Sobri tiba-tiba menekan brek lori sambil mengatakan ada seorang wanita berkebaya merah melintas di tengah jalan di Kilometer 105.8, Lebuh Raya Utara-Selatan.

    “Oleh kerana ketika itu lori dipandu agak laju, Mohd. Sobri hilang kawalan menyebabkan lori terbabas sebelum menjunam jatuh dari ketinggian 10 meter ke atas sebatang jalan di kawasan Taman Perumahan Taman Keladi,” dakwanya semasa ditemui di tempat kejadian semalam.
    Wanita bekerbaya merah yang berjaya dirakam!
    Sebelum ini Kosmo! pernah melaporkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terbalik ketika cuba mengelak daripada melanggar seorang wanita berkebaya merah yang melintas jalan di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara, berdekatan Sungai Lalang.


    Seram x...???

    bye


    adioss




    Kereta New 2011 Honda Civic 9th Gen menjadi kegilaan ku kini

    Salam
    Arigato..

    Bila laaa boleh jadik usahawan berjaya seperti Dr. Rozmey ea...? banyak benda sangat yang di idam-idamkan kini yang x termampu dimiliki pun..
    • rumah banglo 40 tingkat siap ada swimming pool laaaa
    • nak ada taman sendiri di kawasan rumah laa
    • ada hotel persendirian 80 bintang laaa
    • bleh bagi kucing-kucing saya makan dengan makanan 5 star
    X payah nak berangan lebih laa cik muda...
    kire kita ni masih dapat makan, tempat tinggal yang sederhana, mampu bagi teby kesayangan saya makan makanan dari sederhana star dan mampu berjalan-jalan di sekeliling kota tanpa melecetkan kaki ku ini..

    tapi yang pasti yang menjadi kegilaan ku kini

    this car
    kuda merah pujaan hati ku

    Pujaan ku si merah..

    Doa-doakan laaa ea...! mana tau kot-kot ada rezeki 20 puloh taun nanti
    aminnnn..

    bye
    adios

    Isnin, 14 November 2011

    Panduan Untuk Memperbaiki Kehidupan Sempurna

    Salam n good afternoon

    Di tengahari yang indah ini, terbaca email yang aku rasakan cukup bagus untuk memperbaiki diri kita yang x pernahnye sempurna..
    sila baca dan selamat beramal

    Seorang pesakit kanser pankreas yang meninggal pada tahun 2008 telah menulis sebuah buku yang bertajuk “The Last Lecture” di mana buku ni adalah antara bestsellers pada tahun 2007.
    Salah satu legasi yang hebat yang ditinggalkan.
    Dalam surat beliau kepada isteri nya Jai dan anak-anaknya Dylan, Logan dan Chloe, beliau telah menulis ‘Guide to A Better Life’ untuk menjadi panduan kepada mereka.
    Diubahsuai dari bahasa inggeris dan dikongsikan melalui forwarded email.
    Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan Kita

    Personaliti
    1.    Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain.   Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya.
    2.   Jangan ada perasaan negatif   pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini
    3. Jangan berlebihan, tetapkan had
    4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius
    5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’
    6. Bermimpilah ketika anda berjaga
    7. Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan
    8.   Lupakan kisah yang lama.   Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang
    9.   Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan membenci sesiapa
    10. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini
    11.   Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri
    12. Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda akan ingat sepanjang hayat
    13. Lebihkan senyum dan ketawa
    14.   Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk bersetuju

    Komuniti
    15. Kerap menelefon ahli keluarga
    16. Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain
    17.   Maafkan semua orang untuk segala galanya
    18. Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun ke atas dan bawah 6 tahun
    19. Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari
    20.   Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda
    21. Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung dengan mereka

    Kehidupan
    22.   Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan
    23.   Allah akan mengubati segala galanya
    24. Buat perkara yang betul
    25.   Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah
    26. Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia
    27. Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba
    28.   Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan
    29.   Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah
    30.   Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi, gembiralah

    Sambil sambil anda mempraktikkan semua perkara di atas, kongsikan pengetahuan ini dengan orang-orang yang anda sayang, orang-orang yang anda pernah bersekolah bersama, orang-orang yang anda luangkan masa bersama, orang-orang yang anda bekerja bersama dan orang-orang yang tinggal bersama anda.
    Ianya bukan sahaja dapat memperbaiki kehidupan anda, juga orang-orang di sekeliling anda. 

    just nak kongsi-kongsi nasihat yang sempurna untuk diri kita yang sentiasa kurang ni.

    Jadi laaa macam saya yang sentiasa sayang pada cik muda


    bye
    adioss

    Sabtu, 12 November 2011

    DULU dan SEKARANG

    Salam n hi makwe/ pakwe

    Zaman dulu-dulu punye stlye dan muka hingusan yang still ada teutnye.. ehehehehe, jangan buat-buat nk muntah ea.. yang hakikatnye tau..!!!!


    ni waktu zaman slim sungguh-sungguh laaa slim.. ku merindui mu kurus
     
    yang sebelah tu jejaka yang perasan hensem (adik ku).. ini zaman umur baru je 19 tahun tau..! sweet 19, ehehehehe. waktu ni berat badan ringan sangat bagaikan kertas A4 yang melayang-layang
    then sekarang, tengok laaa sendiri...
    aku ke ni cam x je tgok..!!!

    Ini laaah jadinya... selepas proses pengambilan protien dari kedai mak jamu, kedai pak GNC, dan pembekal OMBAK BESAR yang semakin kayo...

    makin membesar dan besar tapi sekarang dah slim balik daaaaaaaaa...

    bye

    adiosss

    MALU VS BODOH SOMBONG

    salam n hoolllaaaa laling semua..

    Seperti yang kita tahu, segelintir daripada berjuta-juta umat di dunia ini malu sangat nak bertanya sekiranya hal-hal yang kita perlu buat tapi malu nak bertanya dengan orang yang lebih expert dari kita atas sebab x nak jatuhkan muka kita yang sesuci murni ni.

    Tapi yang kita perlu tau,sekiranya malu bertanya lagi banyak kita merewang x tau hala.. main redah je n last kita punye result jadi hancur atas sebab nak buat pandai-pandai sendiri tanpa minta bantuan orang lain disebabkan ego atau bodoh sombong yang kita ada dalam diri kita ini.

    Orang yang berjaya pun, still lagi banyak menanya sebab diorang nak memperbaiki benda-benda alah yang x mampu dibaiki seorang diri.

    Oleh itu biarlah kita jadi orang yang bodoh kejap untuk kejar kejayaan dan jangan malu nak bertanya ea..
    bak kata-kata orang dulu-dulu (biaq bodoh dahulu jangan bodoh kemudian) bantai je ayat tuu.. ahahahhahahaa (kalau tak bodoh macamna nak pandai) (nak jadi pandai perlulah jadi bodoh)


    kasar bebenor ayatnye.. sorry ea

    ok
    adiosss

    kewujudan MYVI yang teut meut

    salam dan halo-haloo

    Di sempena hujan yang telah terhenti dari mencurah-curah dari 2 minggu yang lalu, sekarang tiba laa masa untuk disental oleh mat-mat nepal yang tidak kurang hensem nya.. kedai die bukak 24 jam tau, kalau sesape yang mengingau tengah-tengah malam dan x de tujuan ke mana, boleh laa datang ke kedai cuci kereta pak mid... hahahaha (aku x tau nama kedai tu walaupun dah berpuluh-puluh kali pegi memberikan si jejaka aku mandi manda di situ..

    pastikan 18pl sahaja kerana aksi-aksi yang ditayangkan akan menggugatkan iman seorang perempuan.. kuang-kuang.. x baik tengok mandi tau... saksikalaaaaaaaaaahhh...wahai hujan..! lagu dangdut dh keluar laaaa
    Jejaka yang sentiasa menemani ketika ku senang dan susah

    haaaaaa.. mesti tengah terngaga kan...? sexy x jejaka idaman semalaya ni..
    ingat nanti ada duit beribu-ribu lemon, nak tukar spot ring 16 warna croom atau gold.. huhuhuhuuhh  agak-agak bila laaaa kan.. dah bertahun-tahun pakai tapi x prnah tukar kasut baru tau sayang...

    adiosss

    Khamis, 24 Februari 2011

    menjadi model menguntungkan tak?

    salam n hi

    aku ada  hasrat nak jadi model tp x tau lah ada bakat ke x!
    gambar yang amik sendiri terlalu banyak aku simpan dalam hard disk aku, konon2 simpanan picture lame2 kot2 bile aku dah tua boleh lah tgok blik tunjuk kat cucu2 yang nenek die meletup dulu2, heheheheee xde maknenye cik kiah ooiiii...

    aku memag suke sangat buka blog orang n pada hari ni aku terbuka blog khairul azkar yang suke sgt dlm photografi.. dalam blog die ada terpampang berminat nak jadi model.. pehhhhh.. angkat syok aku tgok, rase cam pipi aku dah makin mengembang kerana senyum aku yang sampai ke telinge ni

    aku nak try ada x bakat aku niii.. please lah khairul azkar.. tengok pic sy nii agak2 nye ada bakat x...





    agak2 ada x bakat.. heheheheheee
    entahlah.. kalau khairul azkar tengok kompem die cakap xde posing yang elok sikit ke.. bantai lah ko, yang paling aku suke sangat posing mnggunaka dua jari ni, peace no war pasti ada..

    adios

    Selasa, 11 Januari 2011

    centa yang kembali

    centa..! bahasa skemanya kasih sayang yang terbuku di hati sanubari yang membolehkan melayang-layang bagai burung helang, gile aku ni, btul ke tidak entah laaa..hahahahaha
    bile sebut jer centa mesti korang akan pk just pada pasangan sahaja kan? x kire korang centa with ur girlfrend/ wife or ur boyfrend/ husbend..! aku nak kongsi betapa aku yang sedang dilamun centa with my mum baru2 nii.. ermmmm. lain skit kan..!
    sebenarnyer agak lme jugak aku dah x jmper ngan ibu.. pelik kan? of cause lah korang hari2 jmpe kan..! aku lain skit.. smua ni disebabkan ibu n ayah divorced dah lame, dan aku stay with ayah.. jadi susah sikit lah nak jumpe ibu..  baru2 ni aku jumpe ngan ibu dalam majlis kesyukuran di rumah adik.. rase cuak dan seram sejuk bile jumpe ibu.. dan mulut duk kumat kamit.. janganlah ibu aku mrah lagi ngan aku.. last2, ibu peluk aku bagaikan sarung nangka... memang terharu giler, minta maaf banyak2 yer ibu.. xder niat pun saya nak jauh ngan ibu... wwwaaaaaaaaawaaaa... leleh air mate ibu.. sanak sedara dah tgok semacam jer..!! nampk sangat dah x jumpe bertaun2..

    tapi alhmdullah semenjak dua menjak dah jadi ok sangat dengan ibu. die msti call atau mesej aku hari2.. ayat yang paling manis dari ibu aku.. love you sayang... confirm ada dlm text.. n kite orang rancang nak pergi bercuti bersama untuk kali ke 2 ke Pulau Redang time raya cina ni.. rase cam pegi bulan madu ngan ibu plak... tapi yang penting aku tersangatlah bahagia waktu ni.

    yang masih belum kenal ngan mak sabrina, ini lah die ea, jangan pk kakak lak ea atau pun adik aku ea.. kang ade yang makan kasut saiz enam.. eheheheheheh
    apa-apa pun layan jap pic mak aku yang disayangi ni eaa..




    Luv u mum forever n ever

    luahan hati pertama yang ditulis dalam blog.. just try, mmg trlmpau banyak mnggunakan ayat2 singkatan n baku