Rabu, 19 Disember 2012

KONVO jugak akhirnya

Muka senyum sampai telinga
Alhamdulillah, akhirnya
my family gift
nampak tak cik muda?
adik cik muda yang beraaron aziz
ALHAMDULILLAH.. perkataan ini sahajalah yang mampu cik muda ungkapkan. Akhirnya, perjuangan cik muda menampakkan hasil juga. Bermula dari Mei 2008 sehingga September 2012, cik muda berjuang untuk menghabiskan Ijazah cik muda dalam Pengurusan Sumber Manusia Dengan Kepujian. Anugerah ini diterima pada 16 Disember 2012 lepas (Sidang 3), Alhamdulillah.

Cik muda memang bercadang untuk teruskan perjuangan pada peringkat seterusnya, In Shaa Allah, sekiranya ada rezeki cik muda

p/s- minta untuk doakan cik muda untuk teruskan perjuangan ini.. Aammiinn..

oh kasut ku sayang


Sungguh penat bila mencari sepasang sahaja kasut, bermula perjalanan dari Bangi sampai ke Sogo, Kuala Lumpur. Semata-mata untuk mencari sepasang ni je, nasib disebabkan nak konvo cik muda memang tak lah ralat sangat nak mencari. Bila dah jumpa yang berkenan di hati, tengok2 takde saiz. Rasa nak menyirap je. Bersabar dan terus sabar jelah masa tu. 

Cik Muda terjumpa kasut ni bila sampai di SOGO, masa tu memang berpusing-pusing dalam kawasan kasut tu, nak mencari yang betul-betul sesuai. Harga pun berpatutan, dalam RM140 hengget, masa tu pun SOGO tengah sale kan, jadi mudah laa skit dari harga asal sampai nak cecah RM200 hengget Sampai 2 jam berpusing2, ni laa choice akhir. Memang berkenan la sangat, dalam kasut ni leather, jadi rasa selesa sangat bila pakai dalam masa 2 tiga jam je laa. Kalau lebih-lebih sakit jugak. Macam yang terjadi pada cik muda pada hari konvo lepas, sampai 6 jam nak kena pakai kasut ni.. terus cik muda buka dan berkaki ayam dalam PWTC tu, serius malu tapi mengenangkan kaki cik muda dah tak mampu menahan rasa sakit, terpaksalah tebalkan muka jugak

muka tahan sakit kaki
 p/s- Alhamdulillah selesai sudah semuanya

Isnin, 10 Disember 2012

New Handbag and New Style


cute tak handbag cik muda yang terbaru? serius cik muda terus terpegun sangat dan beli. warna handbag ni pun cantik, dalam kepala otak memang merasakan yang ini adalah yang terbaik

Kenanga Wholesale..!!!
Siapa pernah dengar dan pergi. Serius, cik muda merasakan ini adalah kali pertama pergi dan terus jadi gila. Memang murah sangat, rasa macam rugi je shopping mopping sebelum-sebelum ni di tempat shopping mall. Kalau sesiapa businessman dan businesswoman memang sini lah tempat dia untuk beli secara kati, kodi, pikul atau kilo. eheheh


Benda alah ni jugak cik muda, first time makan. Waaa.. gile sedap! Office mate cik muda laa pekenalkan. Kalau korang nak try, try yang ini ok Crispy Chicken and Cheese dari HOT & ROLL.. memang nak berpusing kejap, memang sedap tahap baboon.

p/s - Nak shopping jarang kali, tapi bila dah start shopping, memang sesuai laa pergi Kenanga Wholesale

MALAYSIA VS THAILAND - PASRAH


1-1 (seri)
PASRAH! ungkapan itu laa yang mampu nak luahkan. Hope sangat Malaysia menang semalam, tapi takpe tebuskan semula keserian semalam pada perlawanan akan datang di Thailand pada 13hb Disember 2012 nanti. 

Memang kita tau yang Thailand memang laa amat laju dalam mana-mana game, tapi mungkin boleh dicantas oleh pemain-pemain Malaysia kita. Perlawanan di Thailand, of cause cik muda tak join, mahal kot..! RM850 pakej nak ke sana. Jangan risau cik muda akan sokong di tanah air kita. 

Semalam cik muda and partner ke Stadium Bukit Jalil naik LRT. serius, ramai gila orang. Masa nak pergi punya la lengang, tapi masa nak balik serius, macam nak pitam. Yang kesian sangat pada orang yang berfamily, habis anak-anak diorang kena tolak sampai nangis. Rasa macam tak prihatin pula mamat-mamat dalam LRT semalam.Cik muda dah jadi lempeng pisang bila keluar dari LRT, siap hangus lagi. Adooii.. rasa macam dah serik je nak naik LRT. 

Walaupun cik muda sampai stadium pukul 6 petang, tempat duduk yang tengah-tengah habis orang duduk. Jadi cik muda dan partner terpaksa duduk tempat yang paling atas 3Q. Best pula, sebelum ni tak pernah nak rasa duduk di tempat atas sekali, boleh nampak semua ragam. Tapi yang tak best semalam, macam-macam 'feal' la penonton-penonton, ada yang suluh laser pada pemain, baling mencun laa, baling paper roll laa.. kenapa laa boleh macamtu, kan dah menggangu pemain-pemain. serius! terkilan sikit dengan segelintir peminat yang tiada sifik.



p/s - proud be Malaysian. go Malaysia go



Rabu, 5 Disember 2012

Go HARIMAU MALAYA


Tetiba menjadi penggemar tengok bola, PELIK... lepas ni cik muda akan memberi sokongan kepada Harimau Malaya kita untuk berjuang mengalahkan Thailand. Harga tiket untuk kali ni pun dah naik dari RM30 kepada RM40. Kalau masuk final comfirm jadi RM50 hengget kan. Xpe, keranamu Malaysia ku sanggup habiskan duit..

Nanti kita berjumpa di Stadium Bukit Jalil 9hb Disember 2012 ni ok. Terlampau excited, nanti nak bawa bendera Malaysia. Game lepas cik muda terlupa bawa tapi sampai je sanan terus beli mafla. HARIMAU MALAYA. we love you.

p/s- datang awal tau..! kalau tak comfirm berdiri sampai habis game