Rabu, 19 Disember 2012

oh kasut ku sayang


Sungguh penat bila mencari sepasang sahaja kasut, bermula perjalanan dari Bangi sampai ke Sogo, Kuala Lumpur. Semata-mata untuk mencari sepasang ni je, nasib disebabkan nak konvo cik muda memang tak lah ralat sangat nak mencari. Bila dah jumpa yang berkenan di hati, tengok2 takde saiz. Rasa nak menyirap je. Bersabar dan terus sabar jelah masa tu. 

Cik Muda terjumpa kasut ni bila sampai di SOGO, masa tu memang berpusing-pusing dalam kawasan kasut tu, nak mencari yang betul-betul sesuai. Harga pun berpatutan, dalam RM140 hengget, masa tu pun SOGO tengah sale kan, jadi mudah laa skit dari harga asal sampai nak cecah RM200 hengget Sampai 2 jam berpusing2, ni laa choice akhir. Memang berkenan la sangat, dalam kasut ni leather, jadi rasa selesa sangat bila pakai dalam masa 2 tiga jam je laa. Kalau lebih-lebih sakit jugak. Macam yang terjadi pada cik muda pada hari konvo lepas, sampai 6 jam nak kena pakai kasut ni.. terus cik muda buka dan berkaki ayam dalam PWTC tu, serius malu tapi mengenangkan kaki cik muda dah tak mampu menahan rasa sakit, terpaksalah tebalkan muka jugak

muka tahan sakit kaki
 p/s- Alhamdulillah selesai sudah semuanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan