Khamis, 29 November 2012

Berbuat baik itu indah


Ini sekadar motivasi untuk diri cik muda dan kawan-kawan yang lain. Its ok kalau orang tidak berpuas hati dengan kita dan sanggup jatuhkan kita untuk mendapatkan sesuatu. Tapi kita jangan dalam golongan itu, selalunya orang yang berbuat baik akan dibalas baik tapi sekiranya dibalas tuba akan dapat padahnya.

p/s- 'Alllah s.w.t kan ada'

menambah rasa di hujung minggu



Adakah cik muda makin kurus atau makin gemuk..? cik muda memang dari dahulu memang seorang yang dikategorikan kurus melidi dari zaman sekolah rendah, menengah dan belajar. Tetapi semenjak dua tahun ni badan cik muda makin naik dan sekarang dalam usaha untuk kembali kurus semula. In Sha Allah bulan depan cik muda ingat nak join kelas senamrobik dengan kawan ofis untuk tiga kali seminggu. Kita lihat perbezaannya nanti. Nak jogging sekarang dah musim hujan jadi terus cik muda stop seketika.

p/s- usaha tangga kejayaan.

Isnin, 26 November 2012

Hantu punya lori

Hari khamis lepas cik muda dengan riang gumbira ke Bangi atas urusan konvo cik muda. tapi yang menyakitkan hati bila cik muda dalam perjalanan balik ke Hulu Langat, sekali lori dari Majlis Pembandaran Kajang menghimpit cik muda dengan rasa tak bersalah dan tak memikirkan keselamatan pemandu lain. memang menyakitkan hati je. dah laa bawak macam pelesit. jangan laa buat macamtu, semua orang ada urusan, semua orang ada masalah tersendiri tapi janganlah membahayakan nyawa orang lain. nasib cik muda tak mengganas juga masa tu. kalau tak kompem MYVI kesayangan cik muda dah menyodol lori MPKJ tu..


membuatkan mood cik muda habis sepoi, jahat betul la kan.

p/s- drive safely, ingat orang yang tersayang

The Best PAVLOVA




maveles tahap mega kan. PAVLOVA, sedap yang teramat sangat. terliur bila buka je website, kompen buka website makanan especially kek-kek. adooii.. semenjak dua ni cik muda dah start menggila dengan kek ni. pada asalnya kawan cik muda mula menghasut untuk membeli pavlova yang besar punya tapi difikirkan cik muda sorang je yang makan, kemungkinan takkan habis kot. owner buat kek ni kawan kepada kawan cik muda di office memang buat bisnes ni , pelbagai jenis kek dia pandai buat.

sabtu lepas cik muda beli 6 biji pavlova, tapi mini die je laa.. tak mampu laa nak beli yang besar-besar punya. 25 biji dengan harga RM55 hengget. ok tak..!! murah kan, bahagi 4 orang, dapatlah 6 biji sorang. serius tak kenyang pun. 

 

comey-comey je kan. halus-halus je, masuk mulut sekali je terus. tak perlu nak sopan-sopan nak makan benda alah ni. memang terasa nikmat tambah cik muda makan sambil melayan movie.


DURIAN CREPE ni pun dah makin popular pula sekarang. masa lepas-lepas berlambak je area Bukit Bintang ngn Mid Valley takde laa sehangat sekarang. yang ni harga die standard mana-mana tempat pun RM10 = 6 biji. kalau cik muda still tak cukup, mesti akan order 2 packets. cik muda memang hantu durian, jadi kompem-kompemlah tak cukup sepaket kan.

p/s - dah alang-alang suka makan, apa kata belajar buat pulak kan.. =)

Jumaat, 23 November 2012

Senyum Simpol di Sambutan Maal Hijrah 1434H

Assalamualaikum

Saja nak kongsi dengan blogger-blogger lain  gambar-gambar semasa sambutan Maal Hijrah 1434H yang lepas bertempat di PICC, Putrajaya. Serius cik muda terlampau excited sangat untuk hadiri majlis tu tapi yang tak berapa nak best sangat, syarikat cik muda berdaftar paling awal untuk menyertai sambutan ni jadi kite orang yang seramai 30 orang ditempatkan paling hadapan sekali tau.. adooii.. kembang kempis hidung cik muda. nak duduk pun terpaksa sopan habis, almaklumlah cik muda kan sememangnya gadis melayu terakhir jadi nak berkelakuan sopan-sopan dikhalayak ramai ni tiada masalah pun. 'mata diatas tangan dibahu'. Depan cik muda bukan satu kamera tapi berjuta-juta lemon. serius muka cam nak senyum pun susah masa tu. nak borak pun susah. almaklumlah kena cover line sikit, masuk tb la kata kan.. 

office mate cik muda
muka senyum sampai ke telinga
cilok bunga di pentas
jangan jeles ea
p/s- balik je rumah ayah, tiba-tiba jadi cam artis kejap.. 'tadi masuk tv kan' tanya jiran-jiran ayah..

Rabu, 14 November 2012

Tahun Baru Azam Baru



Selamat Menyambut Tahun Baru Islam yang ke 1434H kepada semua blogger dan pembaca. 
 Alhamdulillah kita masih bernyawa tika ini dan berdoalah agar kebahagian & keberkatan dalam hidup kita sepanjang menempuh tahun baru. Berubah kearah kebaikan dan bye bye kepada kejahilan..

Jangan ingat nak sambut tahun baru 2013 sahaja tau...! esok sesiapa yang ada join perhimpunan sempena sambut tahun di PICC, Putrajaya kompem jumpa cik muda. jumpa di sana ea. cik muda dan rakan sekerja bertemakan warna oren..

p/s- alhamdulillah, bersyukur atas kehidupan baru

Instanbul Aku Datang

 


siapa yang belum tengok lagi cerita lakonan Lisa Surihani, Beeto dan Tomok? rasanya cepat-cepat la pergi tengok..! memang best tahap mega, tak tau nak gambarkan macamne tapi cerita ni memang agak lain sikit dari filem melayu yang lain. semenjak dua menjak ni, banyak sangat cerita yang agak sama je tapi dalam Instanbul Aku Datang memang membuatkan rasa cam nak nangis, nak ketawa terbahak-bahak, rasa malu-malu, macam-macam laa perasaan ni timbul bila tengok cerita ni. sampai nak terkucil pun still tak nak keluar dari panggung, takut terhilang scene yang best-best.

memang cik muda bagi 4.5 bintang dari 5. memang sesuai dengan jalan cerita dan tempat-tempat shooting membuatkan rasa nak pergi je Istanbul tu. tapi pakej nak ke sana dianggarkan dalam 5000 hengget kot. 

Jalan cerita die memang menarik perhatian cik muda tapi harap maklum kepada sesiapa yang nak tengok cerita ni perlu berfikiran agak terbuka sikit, memang agak tipikal bila difikirkan cerita ni. tapi korang tengok dulu cerita ni dan tahu kenapa Lisa Surihani aka Dian terpaksa berhousemate dengan lelaki.. 

tak rugi bayar 13 hengget untuk cerita ni, berbaloi-baloi.. yang membuatkan lagi best, sambil berwayang cik muda mengeyangkan perut dengan untie anne.. adooiii memang sedap..!

p/s- kekadang terasa rugi je duit bila tengok movie-movie yang tak berkualiti ni, ingat nak hilangkan stress tapi bertambah stress pulak bila keluar panggung.

Sabtu, 10 November 2012

Tunggu Aku Pulau Redang.. tahun depan aku datang lagi

Cik muda memang lebih sukakan pulau kalau bab-bab percutian ni. walaupun tidak dianugerahkan dengan pandai berenang tapi tetap juga suka dengan pulau. bila time snorkeling kompem pakai jaket keselamatan tu, almaklumlah tak pandai berenang. bila tengok member-member semua dah tahap perenang Pandelela Rinong. kita terpaksalah memandang dengan penuh cemburu buta. banyak pulau dah cik muda pergi tapi yang paling terpahat dalam kepala ni, PULAU REDANG adalah pulau yang paling best cik muda pernah jejak.. rasa nak pergi berkali-kali pun takpe.

PULAU REDANG




ambil gambar weeding kat sini pun ok tau..

sungguh cantik ciptaan tuhan
bersantai-santai ketika sunset..

memang best, pulau redang amat la cantik. murah je pun.. cik muda beserta 3 lagi kawan perlu bayar RM300 sahaja untuk semua pakej, dari makan minum, bbq, snorkling, bot, barang-barang snorkeling - goggle, life jacket tapi tambang bas nak ke Kuala Terengganu takde laa.. melampau kot.. kat sana cik muda and the geng stay di Lagoon Resort. walaupun simpel tapi selesa sangat, makanan pun best. pelayan dia lawa-lawa sangat, ala-ala Kareena Kapoor..

bagi yang tak pernah datang pulau ni, cepat-cepatlah simpan duit ea.. memang teramat laa untung datang sni, tak rasa rugi pun.

p/s- bila bercuti jangan berkira sangat pasal duit, semua tu untuk kita juga. hilangkan rasa stress

Rabu, 7 November 2012

Bila Dipandang Baik, Baik lah Jadinya..

sekadar renungan dan mulakan pada hari ini & hari seterusnya...



p/s - sentiasa melihat kebaikan orang lain

The day has arrived - Einstein said, and was right...

Yang jauh kite dekat-dekatkan, yang dekat perlu rapat-rapatkan..
tapi teknologi kini semakin menjauhkan kita.. renung-renungkan...  

Albert Einstein:
"I fear the day when the technology overlaps with our humanity. The world will only have a generation of idiots."


O.M.G.,  EINSTEIN WAS RIGHT.  

Having a Coffee... 


 Get together in a restaurant... 


 Enjoying the beauty in a Museum... 


 Pleasantly Chatting in a cafe' ... 


 At the Stadium supporting the team... 


 Having fun with the girlfriend... 


WE'RE FORGETTING WE HAVE AN INATE ABILITY TO CONVERSE, FACE TO FACE.  IT'S PART OF BEING HUMAN; BUT THIS BEHAVIOUR COULD BE THE BEGINNING OF A DE-HUMANISING PROCESS. 

p/s - bila bersua muka pun nak bergajet, baik kita jumpa dalam alam maya je.. tak sakitkan hati..! hargai apa yang ada di depan mata 


IDAMAN =)

Sebagai manusia, kita memang penuh dengan keinginan untuk melengkapkan kehidupan kita.

--------> rumah banglo 3 tingkat


----------> kereta mewah (BMW 5 series)


-------------> keluarga bahagia


Alhamdulillah, walaupun tak mampu nak ada semua ni tapi cik muda bersyukur sangat-sangat dengan kehidupan kini. Walaupun tak dapat miliki rumah banglo 3 tingkat tapi inshaallah hujung tahun ni cik muda akan miliki sebuah apartment, inshaallah... Walaupun tak mampu nak beli BMW 5 series tapi MYVI dah cukup untuk cik muda. Walaupun cik muda belum lagi berkeluarga tapi inshaallah akan datang mungkin akan tiba, inshaallah...

apartment macam ni pun jadi la kan..


ada kereta macam ni pun ok je kan


apa-apa pun yang kita ada kini, alhamdulillah kita masih mampu untuk milik semua ini walaupun tak semegah mana.

target cik muda tahun ni untuk habiskan study, miliki sebuah rumah.. alhamdulillah lengkap juga akhirnya..

p/s - amat bersyukur dengan pemberian tuhan..

Selasa, 6 November 2012

Sedetik Bersama Ustaz Haslin Baharin


Kenal tak dengan ustaz ni..? Ni adalah Ustaz Haslin Baharin.. Beliau selalu aje ada dalam edisi Tanyalah Ustaz dan banyak lagi laa.. ustaz ni agak femes juga di tv. 31 Oktober lepas ustaz ni ada buat ceramah di tempat cik muda kerja. Dia juga merupakan pekerja yang sama syarikat dengan cik muda. 

memang bertuah laa kan.. tak payah nak pergi jauh-jauh nak jumpa dia..
ceramah dia memang laa teramat best. banyak yang cik muda belajar tentang agama dengan Ustaz Haslin. Bila ada masa terlapang Ustaz ni selalu je bagi pesanan dalam email-email harian kami.. untuk diberi peringatan tentang dunia dan akhirat.. thanks ustaz

Kuliah Maghrib - KORBAN

kaum hawa
sempat lagi kan..
muka penuh kesyahduan
p/s - walaupun kita tak sebaik mana tapi dengan cara ini mengajar kita untuk bermula

Menternak Lemak Berpikul Pikul

Aktiviti harian pada minggu lepas amatlah padat. Bila sampai hari minggu dengan bahagianya cik muda melepaskkan segala rasa penat lelah dengan berjalan-jalan di Genting Highland, menternak lemak di Sushi King, tengok wayang cerita James Bond (Sky Fall).. Oh bahagianya.. memang dimanfaat dengan betul..

Semenjak dua menjak ni, memang suka sangat berjalan, tambahan cik muda baru je habis belajar. jadi cik muda lupa diri kejap. Now, 'I'm Worker Full Time'..... 
JADI KITA BOLEH ENJOY

Muka menjadi riang bila jumpe makanan
percaya kan.. senyum sampai ke kening

minum tea o ais lemon + honey.. best






 top - DUET RM89
jeans - SODA RM99
shawl - kedai tepi jalan RM20

makin ditambah lemak makin bertambahlah berat pada penimbang.. 

p/s - xcercise hari2, agak-agak boleh jadi macam Megan Fox TAK..?