Rabu, 31 Oktober 2012

CREATIVE

tadaaaaa... kreatif tak..?



saje je tu.. nak tunjuk yang kita sentiasa ambil epal hijau secara harian.. kreatif tak... memang tak ade kerja kan..


p/s- cik muda pernah join ICC aka KIK

Memotivasikan Diri

Kekadang kita terasa berat untuk harungi kehidupan yang setiap kali ada sahaja dugaan. Seolah hendak melangkah pun tidak bermaya. Apa lagi untuk mencapai kejayaan yang besar, memang jauh sekali. Kita ni kalau tidak disuntik dengan kata-kata perangsang sesekali, memang bertambah-tambah la malasnya..
 
1. Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.
2. Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.
3. Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.
4. Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.
5. Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.
6. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
7. Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.
8. Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.
9. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
10. Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
11. Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.
12. Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.
13. Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.
14. Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan
15. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
16. Seseorang menganggap ujian sebagai batu penghalang, sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.
17. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
18. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
19. Gagal selepas usaha adalah hikmah, anda akan mendapat sesuatu yang lebih besar daripada apa yang anda sangkakan.

Yakinlah dengan kemampuan diri, sentiasa berfikiran postif dan bertindak mengikut jalan yang lurus akan memberikan kita dorongan untuk terus merempuh kehidupan ini.

p/s- berilah ruang kepada diri

Selasa, 30 Oktober 2012

Restoran Zombie

tersedak kejap bila terbuka satu email pasal restoran zombie. Restoran Zombie ini bertemakan 'Maid Of The Dead' yang dibuka di Chiyoda, Tokyo.

Faham sangat laa kan, Negara Jepun penuh dengan idea-idea yang pelbagai, yang masuk akal dan juga yang tak masuk akal..








ada siapa yang lalu nak makan ke dalam kedai ni.. tapi yang pasti kompemlah non halal kan..

p/s- kompen tak masuk kat tekak ni

Alhamdulillah, thanks Allah

amat gembiranya hati cik muda bila dapat tahu tarikh konvokesyen pada 16 Disember 2012, sidang ketiga. sungguh bahagianya.. bagai nak lompat-lompat je dalam ofis ni. selama 5 tahun, masa ini lah yang dinanti-nantikan selama ini.

cik muda dah x sabar nak pakai baju ni.


p/s - 63 hari je lagi..

Hasrat

bahagiakan raya haji yang lepas, pelbagai hasrat cuba untuk berubah dan berkorban untuk jadikan diri lebih baik dari sebelum ini. menjadikan kesederhanaan dalam hidup dan tidak mengejar kemewahan. yang hanya dicari hanyalah kesenangan yang sedikit dan mampu diberikan untuk diri dan keluarga. pelbagai hasrat untuk ditunaikan bagi memberi peluang kepada keluarga untuk merasakan bahagianya kehidupan ini.

tapi yang pasti kehidupan kini lebih bahagia.


p/s - sentiasa ingin berubah kepada yang lebih baik

Isnin, 29 Oktober 2012

kembali datang

alhamdulillah.. dapat juga bekerja selepas 3 hari bercuti sempena hari raya haji, walaupun tak dapat balik kampung, raya di key ell best juga. nasib juga cik muda tak balik kampung, kalau tidak berjemaah la keluarga cik muda bersesak atas jalan raya.. pernah balik ke Perlis, ambil masa sampai 12 jam.. kematu kaki, tambahan pula kereta cik muda gear manual, adooiii.. memang kebas punggung..

pagi ini membuatkan mata seakan-akan ada gam je, nak terpejam tapi bila je terpandang kerja-kerja bertaburan atas meja terus terbuka biji mata cik muda. halamak..! keja yang tertinggal 3 hari.. jadi dengan secara automatiknye terus jadi segar bugar bagai bunga seri pagi

korang tengok...


p/s - buat kerja dengan riang , baru berkat =)

Rabu, 24 Oktober 2012

Welcome to our family sayang

Alhamdulillah semakin bertambah keluarga kami..



Welcome Fatimah Al Zahra, anak saudara ku.. semoga menjadi anak yang solehah, patuh perintah tuhan, dengar cakap ibu bapa, menjadi seorang yang penyayang, cerdik dan mampu mendoakan kebaikan kepada keluarga.. aaminn..

Isnin, 22 Oktober 2012

Denim Shoulder Bag @ J&A Youth Concept & MANGO Textured Shoulder Bag


cantik tak denim shoulder bag ni..? cantik kan.. nak tau harga dia berapa..


RM 49.00 hengget je pun.. semua dalam MyDeal.com.my.. harga asal bag ni RM 129.00


yang ni pun sama cantik sangat. harga dia pun

RM 49.00 hengget jugak... tapi harga asal dia RM 79.00

tengah memerah otak nak memilih, yang mana satu laa best kan.. nampak macam berkualiti je kan walaupun harga dia murah dan mampu kita beli.

tapi kalau difikirkan harga asal bag dan selepas diskauan.. baik pilih no. 1 tu kan.. baru berbaloi-baloi...

p/s - pening nye jadi seorang perempuan.. semua cantik-cantik dan susah pulak tu nak buat pilihan.


Kejar Mengejar.. Paksa Memaksa

pelik kan.. kita terpaksa terima apa sekalipun keadaan bila dinamakan seorang pekerja.
semalam cik muda dan rakan sekerja dikerah untuk bertugas sehingga lewat malam.. habis pelan nak pergi jenjalan sambil makan-makan tengok wayang.. 

hari rehat hilang macamtu aje, rasa penat je.. tambahan pulak hari ni hari ISNIN.. makin melemaukan laa jiwa dan sanubariku..

secara ringkasnya, kita patut terima apa sekali arahan dari segi paksaan ke kejar mengejar ke, terpaksa laa terima ok.. nama pun pekerja. dibayar gaji untuk berkhidmat. sebenarnya ianya mengajar kita bekerja dalam keadaan dikerah, dipaksa dan dikejar.. 

Tapi cik muda memang dah habis tenaga hari, dan berniat tepat jam 1615 akan terpacak di punch card.. memang penat tahap kritikal dah ni..

p/s - apa kerja yang kita buat perlu  lah ikhlas walaupun tidak dipandang.. =)


tengok cik muda ni.. senyum je tau..

Sabtu, 20 Oktober 2012

10 Negara Terkaya 2012


info ini menarik untuk dikongsi
 
10 negara didunia berikut berhasil menjadi negara terkaya sepanjang 2012 ini (versi majalah Forbes). Hasil tersebut dilihat berdasarkan jumlah pendapatan per kapita.
Angka-angka tersebut merujuk pada jumlah dari ketersediaan barang dan jasa yang sebanding dengan jumlah seluruh penduduk yang terdapat di negara tersebut.

1. Qatar
Pendapatan per kapita USD88.222
Penduduk sebanyak 1,8 juta jiwa. 

2. Luxemburg
Pendapatan per kapita USD81.466
Penduduk 502 ribu jiwa. 

3. Singapura
Pendapatan per kapitanya USD56.694
Penduduk 4,9 juta jiwa. 

4. Norwegia
Pendapatan per kapita rata-rata USD51.959
Penduduk 4,9 juta jiwa. 

5. Brunei Darussalam
Pendapatan per kapita rata-rata USD48.333
Penduduk 388 ribu jiwa. 

6. Uni Emirat Arab
Pendapatan per kapita USD47.439
Penduduk 8,2 juta jiwa. 

7. Amerika Serikat (AS)
Pendapatan per kapita USD46.860
Penduduk 313 juta jiwa.

8. Hong Kong
Pendapatan per kapita USD45.944
Penduduk 7 juta orang. 

9. Swiss
Pendapatan per kapita USD41.950
Penduduk 7,7 juta orang. 

10. Belanda
Pendapatan per kapita USD40.973
Penduduk 16 juta orang. 

Bila la malaysia boleh jadi top 10 negara terkaya kan. tapi itu tak dijadikan keutamaan, yang pasti kita cukup beruntung dilahirkan dan dibesarkan di malaysia kerana keamanan yang tidak setanding berbanding dengan negara-negara yang ditindas oleh negara yang tidak pernah cukup dengan kebendaan dan kemewahan