Selasa, 14 Januari 2014

Erti Kehidupan

Salam & Selamat Petang nan indah

Sungguh susah untuk kita rasa nikmat yang sedikit diberi oleh Allah S.W.T tapi sebenarnya ianya mengajar kita untuk kenal tentang erti kehidupan. Mesti adanya susah sebelum kita capai kejayaan.
Walaupun sekeliling kita dipenuhi manusia yang tak kan rasa senang dengan kehidupan kita tapi biarkan mereka. Lakukan seperti biasa, ramah seperti biasa, kelakuan seperti biasa, mimik muka yang biasa dan segalanya seperti biasa tanpa merasakan yang beliau akan mengetahui bahawa sebenarnya kita tersiksa dengan caranya. Biarkanlah.. Allah S.W.T itu adil. doakan yang terbaik untuknya untuk berubah. ada orang kata sekiranya angka umur telah mencecah 40an susah untuk mereka berubah, Wallahualam.. terserah kepada yang Maha Esa.

Cintailah kehidupan kita kini, lantaklah dengan cacian dan makian manusia itu, kita sama saja dengan mereka, tiada lain. sama asal dengan tanah. Wallahualam..Sekian

senyum itu sedekah bukan.. ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan