Isnin, 22 April 2013

Kenduri Kendara

Sabtu lepas, cik muda ngn officemate menghadirkan diri ke majlis kenduri kawen kawan sekerja jugak di area Puchong. Nasib cik muda tumpang kawan cik muda, kalu tak berjam-jam la cari jalan rumah pengantin. Setiap minggu ada je kenduri kawen, minggu ni pulak hari sabtu dan ahad full jugak. satu kat Cheras dan satu lagi kat Subang. 

Cik muda suka konsep kenduri adat melayu kita, takde melampau-lampau dekorasi dia. selalunya di sebelah pihak pengantin lelaki mesti simple je kan. mybe sebelah perempuan dah meriah gemilang kot. Membe cik muda ni sempoi je. satu kemah je tapi walapun sempoi makanan die lagi sempoi.. sedap gila sampai menjilat ibu jari. Kenduri area Puchong tapi catering die area Langat je. Dekat sangat ngan cik muda. Alang-alang dah nak dekat ni kan, ambil kesempatan untuk survey laa.. Memang best menu dia. Daging masak kicap, ikan dori masak 3 rasa, dalca, ayam goreng rempah, ulam2 dan sambal belacan. memang sempoi. kena pulak dengan air oren. memang best.

Berangan bila balik dari kenduri kawen, kalau buat ikut resepi macamtu pun dah ok kot.. 

terbaik kan!
masa ni pemandu tidak memandu dengan berhati-hati.. ada ke tengok camera jugak.. hihihi
 
pengantin yang sempoi.. TAHNIAH wan.. semoga berbahagia hingga akhir hayat
  
yeaahh.. dapat goodies bag.. malu2 pulak budak ni
hahahaaa... sempoi.. asal budak kecik awish ni cam muka nora danish erk?
cun tak?
baju kurung moden : First Lady RM79.00
Shawl : Kedai Borong Masjid India RM9.00
Kasut : lupe brand RM90.00
Handbag : lupe juga brand RM 79.00

adooii.. cik muda memang jarang pakai baju kurung ni. ye lah, company cik muda dh bagi uniform jadi bila pakai baju kurung ni, rakan sekerja cik muda cam pelik je tengok.. ayu sangat kot..!! hahahhahHahhHha

untuk pengantin - Wan n wife
Semoga berbahagia hingga akhir hayat. semoga dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.. kawanmu doakan mu sentiasa diberikan rezeki yang melimpah ruah selapas kawen ni. aammiinn

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan